[KOMENTAR] ARSENAL TIDAK MILIKI PENGALAMAN JUARA – LAMPARD

Frank-Lampard-vs-Denilson-ChelseaTonggak tengah Chelsea, Frank Lampard mengatakan skuad Arsenal kini tidak memiliki pengalaman untuk menjadi juara. Namun, kenyataan itu tidak bererti The Blues akan memandang rendah kemampuan Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stamford Bridge hujung minggu ini. Kemenangan tersebut sangat penting bagi kedua-dua pasukan bagi mengukuhkan cengkaman di persada liga sekaligus mencerahkan peluang untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Chelsea kini gah memimpin liga dengan meraih 66 mata manakala Arsenal pula berada di kedudukan keempat hanya dipisahkan dengan 4 mata. The Gunners dilihat terdesak untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada tahun 2005. Sebaliknya, Frank Lampard bersama Chelsea telah meraih 11 kejuaraan sepanjang tempoh 8 musim tersebut. Namun, tonggak berpengalaman The Blues itu mengesa rakan sepasukannya agar fokus dengan kemampuan dalam usaha untuk meraih 3 mata berharga.

“Mungkin Arsenal tidak memiliki pengalaman juara namun mereka memiliki skuad yang mantap dan berkualiti. Setiap pasukan perlu bersedia untuk memecahkan kepompong itu,” ungkap Lampard menerusi The Mirror.

“Manchester City juga tidak memiliki pengalaman menjadi juara sebelumnya tetapi mereka berjaya memenanginya. Jadi itu tidak terlalu mempengaruhi.”

Mikel+Arteta+vs+Chelsea+Sept+2012“Bagi saya mudah, kami harus bimbang dengan diri kami sendiri. Jika kami melakukannya dan memenangi sebanyak mungkin perlawanan sehingga ke penghujung musim, pemluang kami lebih cerah.”

“Untuk berlaku adil kepada Arsenal, mereka sentiasa menjadi pencabar. Kita tahu yang mereka kurang menyerlah dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi mereka sentiasa beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan berada dalam kedudukan 4 pasukan terbaik.”

“Saya rasa prestasi mereka meningkat musim ini. Saya sentiasa menghormati Arsenal sepanjang masa, jadi saya tidak terkejut (dengan kebangkitan Arsenal). Mereka memiliki pemain-pemain yang berkualiti,” kata pemain tengah England berusia 35 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply