[KOMENTAR] ARSENAL MILIKI REKOD BAIK SEPANJANG BULAN MAC

Arsenal-goal-celebration-vs-Manchester-City-Sept-2012Meskipun bakal mengharungi beberapa perlawanan sukar sepanjang bulan namun The Gunners tetap optimis dan tenang lantaran memiliki rekod baik dalam bulan Mac dalam beberapa musim terakhir ini. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kekal optimis bahawa skuad bimbingannya akan kekal kompetatif dalam persaingan merebut kejuaraan sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

Arsenal kini kehilangan tahta persada Liga Perdana Inggeris kepada Chelsea apabila sekadar meraih 2 kemenangan dalam 5 perlawanan liga pada bulan Februari lalu. The Gunners juga bakal turun menentang Everton dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada 8 Mac ini sebelum bertandang ke Allianz Arena tiga hari berikut untuk menghadapi Bayern Munich bagi perlawanan timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah seligus berusaha untuk memadam kelebihan aggregate dua gol yang dimiliki oleh The Bavarians.

Arsenal-goal-vs Bayern-Munich-Mac-2013Sekembalinya dari Jerman, Arsenal bakal bertandang ke White Hart Lane bagi menghadapi musuh setempat, Tottenham Hotspurs pada 16 Mac 2014 sebelum berkunjung ke Stamford Bridge seminggu berikutnya. Aksi The Gunners dalam Liga Perdana Inggeris diteruskan dengan perlawanan menentang Swansea City dan Manchester City pada 26 dan 29 Mac nanti di Stadium Emirates.

“Tidak, sya tidak setuju dengan pendapat bahawa prestasi Arsenal bakal merosot pada Mac ini,” kata Wenger ketika ditanya mengenai peluang Arsenal pada bulan Mac ini.

“Jarang sekali kami gagal meraih trofi disebabkan hal ini kerana kami sering kehilangan peluang (menjadi juara) pada bulan Oktober. Jika anda boleh mebuktikan bahawa prestasi kami akan merosot pada bulan Mac, kita boleh berbicara mengenainya.”

Arsenal training session 2013-14Namun, Arsenal bermula dengan langkah kiri pada bulan Mac ini apabila tewas 1-0 kepada Stoke City di Stadium Brittania pada 1 Mac lalu. Kekalahan tersebut sedikit merencatkan pemburuan Arsenal untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Namun berdasarkan rekod terdahulu, bulan Mac merupakan tempoh paling cemerlang buat The Gunners dengan 68.85% kemenangan berbanding bulan-bulan lain.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply