[KOMENTAR] ARSENAL MASIH PENCABAR KEJUARAAN LIGA – PELLEGRINI

Manuel-Pellegrini-and-Arsene-WengerPengurus Manchester City, Manuel Pellegrini peluang Arsenal untuk menjulang kejuaraan liga masih terbuka selepas berjaya mengikat skuad bimbingannya 1-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi. The Citizen berjaya mendahului 1-0 menerusi jaringan David Silva pada minit ke-18 sebelum tonggak tengah Arsenal, Mathieu Flamini menyamakan kedudukan pada minit ke-54. Arsenal kini dihimpit prestasi tidak menentu selepas dibelasah 6-0 oleh Chelsea sebelum diikat 2-2 oleh Swansea pertengahan minggu lalu.

Namun, skuad bimbingan Arsene Wenger kini hanya ketinggalan 5 mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea. Kekalahan The Blues kepada Crystal Palace semalam turut menghidupkan kembali peluang Arsenal dalam persaingan 4 penjuru untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Manuel Pellegrini menegaskan bahawa 4 pasukan teratas ini masih mempunyai peluang namun bergantung kepada konsistensi setiap pasukan.

“Ini merupakan perlawanan penting kerana kedua-dua pasukan masih bersaing untuk kejuaraan,” kata pengendali kelahiran Chile itu.

“Jika kami menang, kami berkelebihan 12 mata di hadapan Arsenal jika memenang dua perlawanan berbaki dalam tangan ini. Itu yang bakal memberikan kelebihan.”

“Selepas perlawanan semalam, kami hanya dibezakan 6 mata dan ini bukan perlawanan terakhir yang menentukan kejuaraan.”

“Mungkin mereka (Arsenal) menghadapi minggu yang kurang baik tetapi mereka masih memiliki skuad yang mantap. Mereka bermain di laman sendiri, memiliki pemain yang bagus dan saya pasti kami perlu bermain dengan baik jika mahu menang (kejuaraan liga).”

“Setiap pasukan berpeluang kehilangan mata sehingga ke penghujung musim. Jadi, saya rasa Arsenal masih mempunyai peluang untuk mencabar kejuaraan liga. Empat pasukan ini masih mempunyai peluang,” kata Pellegrini lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply