[KOMENTAR] ARSENAL MASIH BERPELUANG JADI JUARA LIGA

arsenal-player-celebrationMantan pengurus Arsenal, George Graham tetap melaungkan keyakinan bahawa Arsenal masih berpeluang untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris ini. Menurut pengurus yang pernah membantu The Gunners merangkul 2 kejuaraan liga, Arsenal telah mengalami perubahan positif berbanding sebelum ini dan masih mempunyai peluang untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris meskipun bakal mengharungi beberapa perlawanan sukar sepanjang bulan Mac ini.

“Bahagian pertahanan mereka (Arsenal) telah banyak menunjukan peningkatan dan saya rasa mereka masih mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris,” kata Graham kepada talkSPORT.

.”Kita melihat Manchester City terus bersaing, mengapa tidak Arsenal turut bersama-sama mencabar kedudukan Chelsea.”

arsenal-ramsey-walcott-giroudArsenal kini berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 59 mata selepas 28 perlawanan ketinggalan 7 mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea yang meraih 66 mata namun berkelebihan satu perlawanan. George Graham turut menyarankan Arsenal agar menambah sengat dibarisan penyerang dalam usaha untuk mencerahkan peluang menjulang kejuaraan musim ini.

“Arsenal memerlukan dua penyerang untuk memastikan skuad benar-benar mantap. Kini mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu untuk mencari penyerang yang berkualiti.,” kata Graham lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply