[KECEDERAAN] MESUT OZIL ALAMI MASALAH HAMSTRING

Mesut-Ozil-Arsenal-injury-2014Kem Arsenal terus dirundung malang apabila bakal terlepas khidmat Mesut Ozil untuk tempoh 3-4 minggu. Terdahulu, The Gunners telah kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Theo Walcott, Aaron Ramsey dan Jack Wilshere kerana kecederaan. Pemain antarabangsa Jerman itu telah mengalami kesakitan sejak beberapa perlawanan terdahulu namun Ozil terpaksa digantikan oleh Tomas Rosicky pada minit ke-46 dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich kelmarin.

Playmaker Jerman berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan hamstring sekaligus bakal terlepas beberapa perlawanan penting bersama Arsenal termasuk ketika menentang Tottenham Hotspurs, Chelsea, Manchester City dan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Status kecederaan Ozil itu telah disahkan oleh pengurus The Gunners, Arsene Wenger menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

“Dia (Ozil) mengalami kecederaan hamstring yang agak serius. Saya tidak pasti berapa lama dia harus berehat. Dia sudah pasti terlepas perlawanan menentang Spurs. Kami akan melakukan pemeriksaan lanjut ke atasnya. Namun, setidak-tidaknya dia bakal berehat beberapa minggu. Saya berharap kecederaanya tidak serius,” kata Wenger.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply