[KECEDERAAN] KIM KALLSTROM, AARON RAMSEY KEMBALI

Kim-Kallstrom-vs-Steven-GerrardTonggak kebangsaan Sweden, Kim Kallstrom yang baru pulih dari kecederaan belakang yang dialaminya dan sedia untuk mendapat debut dalam perlawanan suku akhir Piala FA menentang Everton hujung minggu ini. Pemain tengah berusia 31 tahun itu berjaya melengkapkan perpindahan ke Arsenal secara pinjaman dari kelab Russia, Spartak Moscow pada hari-hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu meskipun dihimpit masalah kecedaraan yang panjang.

Kem Arsenal juga turut menerima perkhabaran gembira apabila seorang lagi pemain tengah, Aaron Ramsey juga sudah pulih dari kecederaan dan kembali menjalani latihan penuh. Pemain antarabangsa Wales itu disisihkan sejak 26 Disember tahun lalu lantaran mengalami kecederaan otot paha. Namun, Ramsey hanya dijangka dapat kembali beraksi bersama The Gunners dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspurs pada 16 Mac depan.

Jaringan Ramsey vs Sunderland 2013Pemain berusia 23 tahun itu merupakan tonggak utama kecemerlangan Arsenal musim ini dengan berjaya merangkul anugerah Pemain Terbaik Arsenal 4 kali berturut-turut daripada bulan Ogos hingga November. Ketiadaan Ramsey menyebabkan Arsenal hanya menang 3 daripada 8 perlawanan liga sekaligus menyaksikan The Gunners kini turun ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris. Kepulangan Ramsey bakal memberi tonik bagi mengharungi perlawanan-perlawanan sukar sepanjang bulan Mac ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply