[KECEDERAAN] DANIEL AGGER TIDAK BERSALAH – WENGER

Jack-Wilshere-tackled-by-Daniel-AggerDi sebalik khabar angin yang mengatakan Arsene Wenger berang dengan tindakan Daniel Agger yang melakukan terjahan keras bintang tengah England, Jack Wilshere namun pengurus Arsenal itu mengakui tidak menyalahkan pemain pertahanan Denmark itu. Terdahalu, Wilshere terpaska diketepikan untuk tempoh 6 minggu ekoran tulang kakinya retak selepas diterjah oleh Daniel Agger ketika aksi persahabatan antarabangsa awal pagi Khamis lalu.

“Saya percaya itu merupakan satu kemalangan. Itu merupakan satu terjahan yang keras tetapi saya rasa dia (Agger) hanya mahu menyelamatkan bola itu,” kata Wenger dalam satu sidang media.

“Jack (Wilshere) bakal diketepikan untuk temph sekurang-kurangnya 6 minggu. Itu merupakan satu tamparan buat dia dan Arsenal. Dia sangat tertekan dengan situasi ini.”

Arsene Wenger turut menepis khabar angin yang mangatakan Arsenal mahu menuntut pampasan sebanyak £600,000 daripada FA England ekoran kecederaan yang menimpa Jack Wilshere itu. Pengurus Arsenal itu berkata, “Berkenaan pampasan tidak menjadi persoalan kerana wang bukan keutamaan kami. Kami mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kami hanya mahu memastikan impiannya ke Piala Dunia Brazil 2014 (bersama England) menjadi kenyataan.”

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply