[CORETAN] SELFIE SZCZESNY SEBAGAI HADIAH UNTUK PEMINAT

Szczesny-selfie-with-RosickyPenjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny mengejutkan ramai pihak apabila melakukan selfie selepas perlawanan North London Derby (NLD). Pemain kelahiran Poland berusia 23 tahun itu telah melakukan selfie bersama-sama Lukas Podolski dan Kieran Gibbs berlatar berlakang penyokong-penyokong Arsenal bagi meraihkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hostspurs hasil jaringan tunggal Tomas Rosicky pada minit ke-2. Szczesny mengakui bahawa selfienya itu sebagai hadiah buat penyokong-penyokong Arsenal.

“Saya meminta Paul Johnson (staf kelengkapan Arsenal) untuk mengambil telefon bimbit saya selepas tamat perlawanan. Saya ingin melakukan selfie bersama penyokong Arsenal dan ia sesuatu yang hebat,” kata Szczesny menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Penyokong-penyokong Arsenal hari ini (semalam) cukup hebat. Sokongan mereka sangat luar biasa. Mereka menyanyi sepenuh hati, saya yakin mereka menikmati perlawanan ini.”

“Para pemain juga turut merasakan sokongan hebat ini dan saya ingin memberikan sesuatu sebagai hadiah untuk penyokong-penyokong Arsenal,” kata penjaga Poland itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply