[CORETAN] ARSENAL LAHIRKAN RAMAI PEMAIN BERKELAS DUNIA – RAMSEY

Aaron Ramsey menghamburkan pujian terhadap sistem pembangunan pemain-pemain muda di Arsenal yang berkemampuan dalam membentuk pemain muda berbakat menjadi pemain berkelas dunia. Ramsey yang merupakan sebahagain daripada produk-produk hasil pembangunan yang dibentuk oleh akademi Arsenal. Pemain kelahiran Caerphilly, Wales itu menyertai The Gunners ketika berusia 18 tahun pada musim panas 2008.

“Arsenal telah membeli ramai pemain-pemain muda yang berbakat dan mengubah mereka menjadi pemain berkelas dunia. Pengurus selalu memberikan peluang kepada pemain muda,” kata pemain berusia 23 tahun itu kepada laman rasmi Arsenal.

“Jika dia (Wenger) merasakan seorang pemain itu cukup bagus, maka dia akan menurunkannya. Faktor kepercayaan ini sangat penting bagi saya dan membuatkan saya benar-benar rasa diperlukan oleh kelab.”

Aaron+Ramsey+Wenger+choiceRamsey telah menghabiskan tempoh 5 musim bersama Arsenal dengan melakukan 177 penampilan dengan menjaringkan 24 gol dan 24 assist setakat ini. Pemain antarabangsa Wales itu pernah dihimpit kecederaan serius pada 2010 namun kepercayaan yang diberikan oleh Arsene Wenger telah membantunya kembali bangkit dan menjadi antara permain tengah terbaik dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Ramsey mahu membalas keyakinan yang diberikan oleh Wenger dengan menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal baru-baru ini.

“Ketika menghadapi saat-saat sukar selepas patah kaki (pada 2010), Wenger selalu memberikan keyakinan kepada saya,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

“Begitu juga ketika pemain tidak beraksi baik dalam perlawanan atau perkara-perkara yang berlaku di luar daripada rancangan, dia selalu akan membela pemain-pemainnya.”

“Kini, saya berharap dapat membalas kepercayaan yang diberikan olehnya dan membuktikan apa yang mampu saya lakukan serta membuktikan kritikan kepada kami adalah salah,” kata Ramsey selepas memuktamadkan perjnjian kontrak baru bersama Arsenal.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply