[BULETIN] ZELALEM TANDATANGANI KONTRAK PROFESSIONAL BERSAMA ARSENAL

Gedion-Zelalem-vs-Barcelona-2013Pemain muda Jerman, Gedion Zelalem telah sah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal. Pemain muda Jerman yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-17 pada 26 Januari lalu dinilai sebagai antara bakat yang bakal menyinar dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Arsenal mahu mengekalkan pemain kelahiran Berlin, Jerman ini dan bersedia untuk menyenaraikannya dalam skuad utama The Gunners musim hadapan.

Gedion Zelalem menyertai akademi Arsenal pada musim panas 2012 dan telah mendapat mendapat bersama skuad utama Arsenal ketika menentang Coventry City dalam saingan Piala FA pada 24 Januari 2014 apabila hadir sebagai pemain gantian pada minit ke-71. Playmaker berbakat besar ini turut disenarai selaku pemain simpanan dalam 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris selain merupakan tonggak dalam skuad Arsenal B-21

Gedion-Zelalem-v-Liverpool-2013Bapa Zelalem berketurunan Habsyah namun pemain berusia 17 tahun ini menjadi rebutan antara Jerman dan Amerika Syarikat untuk beraksi di pentas antarabangsa. Sebelum menyertai Arsenal, Gedion Zelalem pernah berkelana bersama beberapa kelab antaranya MSC United, Bethesda Soccer Club dan Olney Rangers. Pengurus Arsenal, Arsene gembira dengan keputusan Zelalem menandatangani kontrak bersama The Gunners.

“Gedion (Zelalem) seorang pemain yang masih muda tetapi sudah bersedia untuk membuktikan kehebatannya. Dan kami akan terus memandang ke hadapan demi pembangunannya,” kata Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.”

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply