[BULETIN] ROSICKY, MERTESACKER TANDATANGANI KONTRAK BARU

Rosciky-and-Mertescker-in-trainingArsenal FC mengesahkan bahawa dua tonggak berpengalaman, Per Mertesacker dan Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Kontrak kedua-dua pemain itu bakal berakhir penghujung musim ini namun pengurusan Arsenal telah mengambil langkah drastik dengan mengadakan perbincangan awal untuk kontrak lanjutan bagi terus mendapat khidmat Tomas Rosicky dan Per Mertesacker.

Tomas Rosicky, 33, telah menghabiskan 8 musim bersama sejak tiba dari Borussia Dortmund pada 23 Mei 2006. Sehingga kini, kapten skuad kebangsaan Republik Czech itu sudah melakukan 209 penampilan dengan menjaringkan 24 gol untuk The Gunners. Rosicky melahirkan rasa gembira selepas menandatangani kontrak baru bersama Arsenal dan berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjulang kejuaraan buat The Gunners.

tomas-rosicky-goal-vs-west-brom-2013“Saya sangat gembira untuk terus kekal bersama kelab ini (Arsenal). Saya sangat bangga saya masih berada di sini untuk satu tempoh yang panjang,” kata Rosicky kepada laman rasmi Arsenal.com.

“Saya sanggat senang hati di sini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menjulang kejuaraan buat kelab dan penyokong-penyokong.”

“Sejak saya tiba di Arsenal, saya jatuh hati dan saya berasa ini merupakan tempat terbaik untuk saya. Salah satu faktor (kekal di Arsenal) adalah untuk menjulang kejuaraan liga bersama Arsenal.”

“Itu merupakan sasaran utama saya dan saya akan memberikan segala-galanya untuk mencapainya. Arsenal merupakan kelab yang hebat, kami mempunyai semangat yang hebat dan berkerja kerasa bersama.”

Tonggak pertahanan Arsenal, Per Mertesacker, 29, semakin menampilkan keserasian bersama The Gunners sejak tiba dari Werder Bremen pada Ogos 2011. Pertahanan kenatang Jerman itu telah menghabiskan 3 musim bersama Arsenal dengan melakukan 110 penampilan dan menjaringkan 5 gol setakat ini. Mertesacker mengakui bahawa Arsenal merupakan kelab idaman sejak zaman remaja lagi dan bangga menjadi sebahagian daripada The Gunners.

per-mertesacker-vs-southampton-sept-2012“Ini sangat mudah untuk saya komited bersama kelab ini (Arsenal). Saya telah menghabiskan tempoh 2¬† tahun setengah yang hebat dan saya telah mendapat sokongan daripada semua pihak di sini serta penyokong-penyokong Arsenal,” kata Mertesacker selepas menandatangani kontrak baru bersama The Gunners.

“Saya mahu memandang kehadapan¬† untuk beberapa tahun akan datang bersama kelab yang hebat ini. Kami mempunyai skuad yang mantap dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menjulang kejuaraan (untuk Arsenal).”

“Ketika pertama kali saya mengunjungi England semasa kecil, sya telah membeli jersi Arsenal sebagai cenderahati di mana saya sangat bangga memakainya ketika bermain bersama kawan-kawan. Semenjak itu, saya menjadi seorang penyokong Arsenal.”

“Saya amat berterima kasih kepada kelab ini dan semua peminat-peminat yang menyokong saya selama ini. Dan hari ini saya sangat bangga menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal. Saya bangga menjadi The Gunners,” ungkap Mertesacker lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply