[BULETIN] OXLADE-CHAMBERLAIN PEMAIN TERBAIK BULAN FEBRUARI

Alex-Oxade-Chamberlain-goal-vs-Crystal-Palace-2014Bangkit daripada episod suram pada permulaan musim ini, Alex Oxlade-Chamberlain kembali menemui sentuhan sekaligus dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan Februari. Pemain sayap England itu terlepas aksi awal musim ini ekoran dibelenggu masalah kecederaan lutut dan terpaksa diketepikan untuk tempoh 5 bulan sebelum kembali beraksi pada pertengahan Januari lalu.

Persembahan cemerlang dan mantap Oxlade-Chamberlain di bahagian sayap kanan berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Theo Walcott kerana mengalami kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL). Pemain berusia 20 tahun itu berjaya menjarikan 3 gol sepanjang Februari lalu termasuk 2 gol ketika menentng Crystal Palace dan satu gol ketika membantu Arsenal menyingkirkan Liverpool dalam saingan Piala FA Inggeris.

Oxlade-Chamberlain atau lebih mesra digelar ‘The Ox’ oleh penyokong-penyokong Arsenal memperoleh 46% undian mengatasi pertahanan kental, Laurent Koscielny yang mengumpul 15% manakala tonggak tengah berpengalaman, Tomas Rosicky pula meraih 14.8% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

tomas-rosicky-goal-vs-west-brom-2013Sementara itu, jaringan Tomas Rosicky ketika menentang Sunderland telah dipilih selaku Gol Terbaik Arsenal bagi Bulan Februari. Kapten skuad kebangsaan Republik Czech bertukar-tukar hantaran dengan Olivier Giroud dan Jack Wilshere sebelum menewaskan Vito Mannone di gawang The Black Cats. Jaringan Rosicky tersebut menerima 91% undian mengatasi jaringan Oxlade-Chamberlain (vs Crystal Palace) dan Lukas Podolski (vs Liverpool).

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply