[BULETIN] KONTRAK BARU UNTUK CAZORLA DAN RAMSEY

Arsenal FC mengesahkan bahawa Santi Cazorla dan Aaron Ramsey telah menandatangani kontrak baru untuk terus kekal di Stadium Emirates. Santi Cazorla baru dua musim bersama The Gunners namun berjaya menjadi nadi kecemerlangan Arsenal. Sementara itu, Aaron Ramsey pula bangkit dari episod suram sejak beberapa musim dan berjaya menjadi tonggak penting skuad bimbingan Arsene Wenger musim ini.

“Kami mengalu-alukan Santi Cazorla, Aaron Ramsey dan Gedion Zelalem meneruskan komitmen masa depan bersama kelab ini,” kata Arsene Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“(Santi) Cazorla dan (Aaron) Ramsey adalah pemain tonggak bagi kami dan perkhabaran ini bakal memberi ransangan kepada kelab.”

Santi-Cazorla-vs-Mario-Gotze-2014Santi Cazorla menyertai Arsenal dari kelab Sepanyol, Malaga CF pada 7 Ogos 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £12 juta. Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 29 tahun itu telah dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi musim 2012/13 dengan menjaringkan 12 gol dalam 49 perlawanan. Namun, kecederaan kaki yang dialami oleh Cazorla pada awal musim lalu sedikit menjejas persembahannya musim ini.

“Saya sangat gembira dengan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Kelab ini membuatkan saya benar-benar gembira – pengurus, rakan sepasukan, penyokong yang hebat, stadium yang gah dan keseluruhan organisasi kelab,” kata Cazorla baru-baru ini.

“Saya mengharungi saat-saat yang hebat bersama kelab sejak tiba di sini dua tahun lepas dan saya rasa kami memiliki ramai pemain-pemain yang hebat untuk bersaing menjulang kejuaraan pada tahun-tahun mendatang dan itu sangat penting bagi kami. Saya bersedia untuk meneruskan masa-masa indah dan berharap lebih banyak yang akan menyusul lagi.”

Jaringan Ramsey vs Sunderland 2013Sementara itu, Aaron Ramsey pula menyertai The Gunners pada 10 Jun 2008 dari Cardiff City ketika berusia 17 tahun. Musim ini, pemain antarabangsa Wales berusia 23 tahun itu bangkit daripada episod-episod suram dengan menjaringkan 13 gol daripada 27 perlawanan sebelum dihimpit kecedaraan paha. Kecemerlangan Ramsey menyaksikan dia telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan Arsenal bari bulan Ogos, September, Oktober dan November.

“Saya sangat gembira menandatangani kontrak baru (Arsenal). Saya sudah berada di sini selama 6 tahun tahun dan sangat gembira,” kata Ramsey kepada Arsenal.com.

“Saya rasa kami sudah melakukan yang terbaik setakat ini dan hala tuju kelab juga mara ke hadapan. Saya mahu menjadi sebahagian daripadanya dan menjadi bahagian yang istimewa bersama di Arsenal. Kami memiliki skuad yang mantap dan saya percaya kami mampu mencapai kecemerlangan.”

Buat Santi Cazorla dan Aaron Ramsey, selamat maju jaya.

Sumber : Arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply