[BULETIN] KIM KALLSTROM SEDIA DEBUT BERSAMA ARSENAL

Arsene Wenger memaklumkan bahawa Kim Kallstrom sedia untuk beraksi buat pertama kali bersama The Gunners dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspurs hujung minggu ini. Pemain antarabangsa Sweden itu menyertai Arsenal secara pinjaman dari kelab Russia, Spartak Moscow pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu. Namun, debut Kallstrom bersama Arsenal tertangguh ekoran kecederaan yang dialaminya semasa sesi latihan pada 1 Februari lalu.

“(Kim) Kallstrom sudah menyertai sesi latihan penuh bersama pasukan hari ini. Begitu juga dengan Yaya Sanogo,” kata Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Saya akan memutuskan samada Kallstrom akan berada dalam skuad hujung minggu ini. Saya akan memantau keadaannya, itu bukan sesuatu yang mustahil.”

Sementara itu, Arsene Wenger bakal kehilangan khidmat playmaker Jerman, Mesut Ozil yang mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menetang Bayern Munich pertengahan minggu lalu. Namun, Nacho Monreal dan Keiran Gibbs sedia untuk kembali ke dalam skuad utama Arsenal tetapi kepulangan Aaron Ramsey ke dalam skuad utama The Gunners tertangguh selepas pemain antarabangsa Wales itu masih belum pulih dari kecederaan kaki yang dialaminya.

“Kami harus menunda kepulangannya dalam latihan penuh. Jadi, Ramsey tidak akan bermain (menentang Spurs). Dia menghadapi sedikit masalah semasa proses pemulihannya. Tetapi itu tidak akan mengambil masa yang lama, kata Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply