[BULETIN] JOSIP DRMIC BAKAL SERTAI THE GUNNERS

Josip-Drmic-to-ArsenalLagenda bola sepak Jerman, Lothar Matthaus percaya bahawa Arsenal semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang Nurnberg, Josip Drmic bagi menambah sengat di barisan serangan. Matthaus adalah kapten Jerman ketika menjulang Piala Dunia pada 1990 dan merupakan pemain yang memiliki caps paling banyak bersama skuad kebangsaan Jerman dengan 150 penampilan. Bekas midfielder Jerman itu turut mendedahkan bahawa isteri Drmic sedang mencari kediaman di sekitar London.

Meskipun baru semusim bersama FC Nurnberg, Josip Drmic sudah mengegar pentas Bundesliga dengan meledak 16 gol dalam 26 perlawanan musim ini. Penyerang berusia 21 tahun yang sedang meningkat naik itu turut memiliki 5 caps bersama Switzerland dengan menjaringkan 2 gol setakat ini. Selain Arsenal, Drmic turut mendapat perhatian daripada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris termasuk Tottenham Hotspurs dan Everton.

“Arsenal sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Drmic,” kata Matthaus yang kini bertugas sebagai pengulas di stesen tv Jerman.

“Saya mendapat tahun bahawa isterinya sedang mencari kediaman di London. Saya menjangkakan bahawa Drmic akan menamakan musim ini dengan jayanya bersama FC Nurnberg.”

“Dan FC Nurnberg akan menjualnya selepas ini dengan memperoleh keuntungan yang banyak – kemungkinan besar kepada Arsenal.”

Sementara itu, Josip Drmic menolak khabar angin yang mengatakan dirinya sudah menerima tawaran untuk menyertai Arsenal pada musim panas ini. Penyerang berusia 21 tahun itu kini dalam persaingan selaku penjaring terbanyak Bundesliga musim ini dengan meledak 16 gol, hanya satu gol ketinggalan dibelakang Mario Mandzukic yang sedang mendahului carta. Namun, Drmic tidak menolak kemungkinan perpindahannya ke Stadium Emirates.

“Pada ketika ini, saya masih bujang. Tiada sebarang pencarian rumah di London,” kata Drmic kepada Bild.

“Namun apa yang bakal terjadi pada masa depan saya tidak tahu. Ramai pemain termasuk saya mempunyai impian untuk bermain untuk Arsenal.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply