[BULETIN] DEBUT KIM KALLSTROM BERSAMA THE GUNNERS

Kim-Kallstrom-debut-with-ArsenalSetelah sekian lama menanti, Kim Kallstrom akhirnya berjaya mendapat debut bersama Arsenal. Pemain antarabangsa Sweden itu masuk mengantikan Tomas Rosicky pada ke-79 ketika menentang Swansea City di Stadium Emirates awal pagi tadi. Kallstrom menyertai Arsenal secara pinjaman dari kelab Russia, Spartak Moscow pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu namun tidak dapat beraksi bersama The Gunners lantaran dihimpit masalah kecederaan belakang.

Kim Kallstrom merupakan seorang pemain central midfielder yang turut memiliki kelebihan beraksi selaku deep lying-playmaker. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan seorang pakar sepakan bebas selain memiliki kelebihan dalam bertahan dan kawalan bola. Dalam debutnya bersama Arsenal, Kim Kallstrom berjaya melakukan 71.4% hantaran sempurna, 0.9 key passes, 1 hantaran lintang, 1 hantaran jauh dan 2 terjahan tepat. Kallstrom melahirkan rasa gembiranya selepas turun beraksi buat pertama kali bersama Arsenal.

“Ini sangat mengujakan dan bagaikan impan menjadi kenyataan untuk beraksi bersama Arsenal dalam Liga Perdana. Saya cuma tidak gembira kerana debut saya tidak berakhir dengan kemenangan,” kata Kallstrom menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Segalanya baik bagi saya kecuali gol sendiri pada minit akhir itu. Kami kurang bernasib baik. Bola tersebut melantun dari penjaga gol terkena Flamini dan menerjah jaringan kami. Kami sngat kecewa dengan keputusan itu.”

“Bagi saya, ini satu debut yang bagus. Saya mendapat banyak bola dan melakukan hantaran tepat. Saya sentiasa terlibat dan gembira bermain di sini.”

“Ini merupakan satu tahap yang tinggi dan saya sentiasa memandang ke hadapan untuk membantu Arsenal. Ini merupakan detik istimewa bagi saya apabila melakukan debut bersama kelab yang hebat ini,” kata Kallstrom lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply