[BULETIN] ARSENAL BELUM CAPAI PERSETUJUAN KONTRAK SAGNA

Bacary-Sagna-Arsenal-2013Media Inggeris, Daily Star mendedahkan bahawa bek kanan Perancis, Bacary Sagna mahu kekal di Stadium Emirates sekaligus mengakhiri karier bersama The Gunners. Namun, permintaan gaji sebanyak £120,000 seminggu serta kontrak lanjutan selama 3 tahun oleh Sagna tidak dipersetujui oleh pengurusan Arsenal. Kontrak pemain berusia 31 tahun itu bakal berakhir hujung musim ini dengan beberapa kelab termasuk Paris Saint-Germain dan AS Monaco berminat mendapat khidmat Sagna.

Arsenal dilaporkan telah menawarkan kontrak baru dengan gaji £60,000 seminggu serta 2 tahun lanjutan kontrak namun perbincangan mengenai kontrak baru itu masih berterusan. Menurus sumber yang dirahsiakan, jika Arsenal kekal dengan tawaran tersebut, Bacary Sagna mungkin akan mengambil keputusan untuk meninggalkan Arsenal pada penghujung musim ini sekaligus mendorong Wenger mencari penganti bagi mengisi kekosongan posisi bek kanan The Gunners.

“Pilihan pertama (Bacary) Sagna adalah untuk kekal di Arsenal. Dia mahukan kontrak selama 3 tahun dengan gaji £5-£6 juta semusim berserta bonus. Itu termasuk satu perlawanan testimoni pada penghujung musim. Untuk rekod, Sagna sudah 10 tahun beraksi bersama Arsenal,” kata sumber tersebut.

“Masih ada satu lagi perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum musim berakhir. Dia (Sagna) mahu mengakhiri karier bersama Arsenal, namun mahu diharigai kesetiaanya ketika ramai pemain-pemain datang dan pergi. Dia tidak pernah menerima kenaikan gaji sejak tahun 2008.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply