[BULETIN] AARON RAMSEY PEMAIN TERBAIK LONDON 2013/14

London-Player-of-the-YearAaron Ramsey telah dipilih selaku Pemain Terbaik London bagi musim 2013/14 dalam Anugerah Lagenda Bola Sepak London yang disampaikan oleh Sir Trevor Brooking. Pemain tengah Arsenal berusia 23 tahun itu berkongsi anugerah tersebut bersama-sama bintang muda Chelsea, Eden Hazard. Musim ini, hanya Aaron Ramsey sempat beraksi dalam 27 perlawanan dengan menjaringkan 15 gol sebelum dihimpit masalah kecederaan kaki sejak 26 Disember lalu.

Anugerah ini diberikan kepada pemain-pemain bola sepak yang beraksi bersama kelab bola sepak di London yang dikelola oleh Willow Foundation, sebuah badan amal yang turut menjalin kerjasama dengan Yayasan Arsenal. Willow Foundation diasaskan oleh penjaga gol lagenda Arsenal, Bob Wilson yang merupakan sebuah organisasi yang membantu pesakit-pesakit antara umur 16 hingga 40 tahun yang menderita penyakit yang berisiko kematian.

Pada tahun 2012, Yayasan Arsenal telah menyumbang £100,000 kepada Willow Foundation di mana membantu dalam aktiviti kebajikan untuk memberi peluang kepada pesakit kronik mencapai impiannya atau kembali pulih dan menjalani kehidupan yang normal. Willow Foundation telah menyediakan 9000 hari istimewa kepada setiap individu. Malah, Arsenal dan Willow Foundation telah menjalin kerjasama sejak musim 2006/07 yang berjaya  mengumpul £200,000untuk aktiviti-aktiviti kebajikan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply