[PERSPEKTIF] SAYA TERHUTANG BUDI KEPADA WENGER – FABREGAS

Wenger-revealed-Fabregas-back-to-ArsenalTonggak tengah Barcelona, Cesc Fabregas mengakui bahawa Arsene Wenger merupakan individu penting dalam kariernya selaku pemain bola sepak professional. Meskipun memulakan karier awal bersama akademi La Masia namun pemain antarabangsa Sepanyol berusia 26 tahun itu berterima kasih kepada kepada Wenger yang telah mengubahnya menjadi seorang pemain bola sepak yang terkenal hari ini.

Cesc Fabregas atau nama sebenarnya Francesc Fàbregas Soler dibawa masuk oleh Wenger ke Arsenal dari Barcelona ketika berusia 16 tahun pada 11 September 2003. Bekas skipper The Gunners itu telah beraksi dalam 303 perlawanan dengan menjaringkan 57 gol sepanjang 8 musim bersama The Gunners sebelum kembali menyertai The Catalan 15 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai €35 juta.

“Saya tidak mahu terlalu banyak berbicara tentang Arsenal kerana mereka telah melakukan yang terbaik,” kata Fabregas baru-baru ini.

“Apa yang boleh katakan segalanya yang luar biasa tentang Arsene Wenger dan Arsenal. Watak yang paling penting bagi saya ialah Arsene Wenger. Saya berterima kasih kepada dia untuk seluruh hidup saya.”

“Bagi saya, dia merupakan individu paling penting. Dia mengetahui segalanya tentang saya dan saya sangat terhutang budi kepadanya.”

“Mereka (Arsenal) sentiasa di hati saya. Mereka telah melakukan yang terbaik dan saya gembira dengan apa yang mereka lakukan. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka.”

“Dia (Ozil) merupakn seorang pemain yang bagus. Dia seorang pengumpan yang baik, jadi itu sebab mengapa (Arsenal menjadi pencabar) musim ini,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply