[PERSPEKTIF] KOSCIELNY-MERTESACKER MIRIP DUO LAGENDA ARSENAL

Gandingan-Per-Mertsacker-dan-Laurent-KoscielnyBek tengah Arsenal, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker berjaya mewujudkan gandingan mantap di barisan pertahanan The Gunners musim ini dengan hanya melepaskan 21 gol dalam 24 perlawanan setakat ini. Lebih menarik, gandingan Mertesacker-Koscielny tidak pernah tewas dalam tempoh 2 tahun terakhir ini sejak tumpas 1-2 kepada Man United pada 22 Januari 2012 jika berakhir dalam 90 minit perlawanan.

Persembahan mantap yang dipamerkan oleh duo pertahanan tengah Arsenal itu berjaya membantu Arsenal gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris ketika ini selain dibantu kecemerlangan penjaga gol utama, Wojciech Szczesny. Lantaran itu, lagenda Arsenal, Lee Dixon menyamakan gandingan Mertesacker-Koscielny dengan duo pertahanan lagenda Arsenal, Tony Adams-Martin Keown yang mengemudi benteng The Gunners sepanjang 1990-an hingga awal 2000-an.

“(Per) Mertesacker memiliki ketinggian yang mengingatkan saya kepada Tony (Adams),” kata Dixon kepada Standard Sport.

“Saya tidak mahu terlalu membandingkan mereka tetapi dia semakin menyerlah bersama kelab ini. Dia mempunyai keinginan untuk melakukan yang terbaik untuk Arsenal sama seperti yang dilakukan oleh Tony Adams.”

“Saya merupakan salah seorang yang mengkritik dia (Mertesacker) ketika dia tiba di sini tetapi dia telah melakukan yang terbaik. Dia memerlukan gandingan yang sesuai dengan dirinya seperti saya membandingkan (Laurent) Koscielny dengan Martin Keown. Kedua-duanya seperti sebuah tembok.”

“Yang paling penting dalam sesebuah gandingan ialah tidak terlalu memandang rendah terhadap sesuatu perlawanan dan bertahan sebagai satu pasukan. Ini akan menjadikan perlawanan menjadi semakin mudah.”

“Mertesacker dan Koscielny saling memerlukan dan merupakan gandingan yang mantap persembahan Arsenal ketika ini,” kata pertahanan lagenda Arsenal itu lagi.

Namun, Arsenal bakal berdepan ujian getir apabila perlu meraih 3 mata bagi mengekalkan penguasaan di persada Liga Perdana Inggeris apabila bertandang ke Anfield hujung minggu ini. Gandingan Luis Suarez-Daniel Sturridge yang telah menjaringkan 37 gol dalam dua perlawanan liga setakat ini pastinya menjadi duri dalam daging buat benteng pertahanan The Gunners menjelang perlawanan ke-24 Liga Perdana Inggeris.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply