[PERPINDAHAN] KIM KALLSTROM SERTAI ARSENAL SECARA PINJAMAN

Kim-Kallstrom-joined-ArsenalTonggak antarabangsa Sweden, Kim Kallstrom sah menyertai Arsenal secara pinjaman dari kelab Russia, Spartak Moscow sehingga ke penghujung musim ini. Pemain tengah berusia 31 tahun itu memiliki pengalaman luas dengan berjaya meraih 108 caps bersama Sweden selain telah beraksi dalam lebih 400 perlawanan sepanjang kariernya selaku pemain professional. Kallstrom merupakan seorang pemain central midfielder yang memiliki kelebihan dalam kawalan bola dan sepakan bebas.

Kallstrom dilahirkan pada 24 Ogos 1982 di Sandviken, Sweden ini telah memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Sandviekns IF ketika berusia 6 tahun sebelum berhijrah ke BK Hacken dan Djurgardens IF. Bersama Djurgardens IF, dia menjulang kejuaraan Liga Sweden pada 2002 dan 2003 serta Piala Nasional Sweden pada 2002. Seterusnya, pemain tengah Sweden ini berhijrah ke Liga Perancis bersama Stade Rennes selama dua musim dengan melakukan 83 penampilan dan menjaringkan 20 gol.

Pemain tengah Sweden itu kemudian menyertai Olympique Lyon pada Jun 2006 dengan melakukan lebih 200 penampilan sepanjang 6 musim. Bersama Lyon, Kallstrom berjaya merangkul dua kejuaraan Ligue 1, dua Piala Nasional Perancis dan 2 Piala Super Perancis. Pada 28 Julai 2012, Kallstrom berhijrah ke Liga Perdana Russia bersama kelab Spartak Moscow namun gagal menyerlah lantaran sering dihimpit masalah kecederaan berulang.

Kim-Kallstrom-vs-Steven-GerrardSelain itu, Kallstrom juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Sweden sejak mendapat debut pada 2001. Pemain yang berketinggian 1.85m ini memiliki 108 caps bersama Sweden dan merupakan tonggak negaranya dalam 3 kejuaraan Eropah (EURO) pada 2004, 2008 dan 2012 serta Piala Dunia FIFA 2006. Arsene mengalu-alukan ketibaan Kallstrom dan gembira dengan kualiti dan pengalaman luas yang dimilikinya di peringkat antarabangsa dan kelab.

Kim Kallstrom bakal menyarung jersi bernombor 29 yang ditinggalkan oleh Marouane Chamakh. Sementara itu, pemain berusia 31 tahun itu melahirkan rasa gembiranya dapat menyertai Arsenal dengan berkata, “Arsenal sebuah kelab yang menakjubkan dengan memiliki ramain pemain-pemain yang hebat. Saya sedia untuk belajar sebanyak mungkin di sini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk Arsenal dan membantu memperoleh keputusan yang baik di penghujung musim nanti.”

Buat Kim Kallstrom, selamat datang dan semoga maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply