[INFO] BOB WALL – 54 TAHUN MENGABADIKAN HIDUP UNTUK ARSENAL

Bob-Wall-Arsenal-1963Kecemerlangan sesebuah kelab Liga perdana Inggeris bukan sahaja ditentukan oleh pemain yang hebat atau pengurus yang berwibawa namun turut disokong oleh organisasi yang utuh dan pekerja-pekerja yang berdedikasi terhadap tugasnya. Di sebalik nama-nama besar seperti Arsene Wenger, George Graham atau Herbert Chapman di Arsenal namun mungkin ramai yang kurang mengenali insan bernama Bob Wall, seorang individu yang menjadi pendokong kejayaan The Gunners.

Bob Wall atau nama penuhnya William Robert Wall dilahirkan di Hackney, London pada 25 Februari 1912. Beliau membesar di kawasan kejiranan Highbury dengan Arsenal merupakan sebahagian daripada hidupnya. Bob Wall menyertai The Gunners pada Februari 1928 ketika berusia 16 tahun sebagai pekerja pentadbiran yang menguruskan surat-surat dan setiausaha kepada pengurus lagenda, Herbert Chapman.

“Saya berkerja dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang atau 7.00 malam. Tugas saya di sana ialah menguruskan surat-menyurat Chapman dan kerja-kerja pejabat di bawah kendalian penolong pengurus, Joe Shaw,” jelas Bob Wall mengenai tugasnya ketika pertama kali menyertai Arsenal FC.

Pada 1928, Herbert Chapman telah membawa Bob Wall bersama-samanya ke Hotel Euston ketika urusan perbincangan dengan Bolton Wanderers mengenai perpindahan penyerang sensasi, David Jack ke Highbury. Pengurus lagenda telah bersetuju memecah rekod perpindahan termahal ketika itu berjumlah £10,890 untuk David Jack dan memberitahu Bob Wall bahawa itu merupakan pembelian terbaik yang pernah beliau lakukan.

Komitmen dan semangat berkerja yang luar biasa menjadikan beliau sebagai individu penting dan orang kepercayaan pengurusan kelab. Pada tahun 1950, Bob Wall telah dilantik sebagai penolong setiausaha kepada Arsenal FC selepas 23 tahun mengabadikan diri bersama The Gunners. Enam tahun berikutnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai setiausaha kepada Arsenal FC ekoran kematian Tom Whittaker.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengurus besar Arsenal FC pada tahun 1973 ketika berusia 61 tahun sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 1977. Demi kasih sayang dan cinta terhadap Arsenal, Bob Wall telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Arsenal From the Heart’ pada tahun 1969. Buku tersebut merupakan bibliografi mengenai dirinya dan kehidupanya bersama The Gunners. Bob Wall akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mac 1969 ketika berusia 69 tahun.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply