[BULETIN] TUGU DENNIS BERGKAMP DILANCARKAN 22 FEBRUARI INI

Dennis-Bergamp-eyes-to-return-at-ArsenalArsenal FC mengumumkan bahawa tugu Dennis Bergkamp di perkarangan Stadium Emirates akan dibuka secara rasmi pada 22 Februari ini sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland. Tahun lalu, pengurusan kelab telah mengumumkan akan membina sebuah tugu khas untuk mengiktiraf sumbangan lagenda bola sepak kelahiran Belanda itu yang dijangka siap pada musim panas 2013 namum hanya diumumkan pada penghujung bulan ini.

Bergkamp kini berkhidmat selaku penolong pengurus kepada Frank De Boer yang membimbing Ajax Arsterdam. Bekas penyerang berusia 44 tahun itu menyertai Arsenal dari Inter Milan pada Jun 1995 dengan melakukan 423 penampilan serta menjaringkan 120 bersama The Gunners. Beliau menghabiskan 11 tahun bersama Arsenal dengan membantu meraih 7 kejuaraan utama termasuk muncul sebahagian daripada skuad The Invincibles pada 2003/04.

dennis_bergkamp_statue_unveilMajlis perasmian itu bakal bermula pada 11.30 pagi (waktu UK) dengan Dennis Bergkamp akan tampil di tengah-tengah padang dan memberi penghormatan kepada penyokong-penyokong kelab. Tugu Bergkamp itu akan dipamerkan di perkarangan Stadium Emirates berhampiran dengan tugu Herbert Chapman, Tony Adams dan Thierry Henry. Sementara itu, Dennis Bergkamp tidak dapat menyembungikan kegembiraannya dengan penghormatan yang diberikan oleh bekas kelabnya itu.

“Saya amat berbesar hati bahawa ini akan berlaku. Ia membuat saya sangat bangga dan sangat gembira. Semua orang tahu bahawa saya menyayangi Arsenal dan Arsenal selamanya bertahta di hati saya,” kata bekas penyerang Belanda itu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply