[BULETIN] FILIP TASIC JALANI UJIAN PERCUBAAN BERSAMA ARSENAL

Filip-Tasic-with-Mesut-OzilPemain remaja Sweden berbakat besar, Filip Tasic telah mencuri tumpuan media-media apabila diberi peluang untuk menjalani ujian percubaan bersama Arsenal. Produk akademi bola sepak Djurgården itu turut diberi peluang menjalani latihan bersama-sama skuad utama The Gunners. Pemain berusia 15 tahun itu beraksi di posisi attacking midfielder dan merupakan sebahagian daripada skuad utama Sweden B-15 bakal menerima tawaran untuk ujian percubaan bersama Arsenal.

Tasic yang dilahirkan pada 1998 dilihat berpeluang cerah untuk menyertai dua rakan senegaranya, Kristoffer Olsson dan Kim Kallstrom yang kini beraksi bersama The Gunners. Pemain berusia 15 tahun itu merupakan tonggak utama dalam skuad Djurgården B-17. Tasic juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila dapat bertemu dengan idolanya, Mesut Ozil ketika menjalani sesi ujian percubaan bersama Arsenal minggu lalu.

“Saya beraksi selaku pemain tengah dan memulakan karier di kepulauan Djurgården. Kini, saya gembira dan berpeluang untuk beraksi dalam skuad utama,” kata Tasic  baru-baru ini.

“Mereka (Arsenal) sangat berminat (untuk mendapat saya) dan saya juga sukakan mereka yang seperti keluarga saya. Jadi saya akan memilih samada Djurgården atau Arsenal yang terbaik demi masa depan saya.”

“Itu merupakan peluang yang luar biasa. Dia (Ozil) merupakan idola saya di mana ketika saya bertemu dengannya dia kelihatan sangat hebat. Saya berpeluang berlatih bersama-sama pasukan utama Arsenal dan menggunakan kemudahan latihan termasuk kafeteria dan kolam renang,” kata Tasic lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply