[BULETIN] SANTI CAZORLA PEMAIN TERBAIK BULAN JANUARI

Santi-Cazorla-goal-vs-Aston-Villa-2013Pemain antarabangsa Sepanyol, Santi Cazorla kembali membuktikan sentuhannya apabila dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan Januari. Musim ini, Cazorla sering dihimpit masalah kecederaan sekaligus gagal untuk mengulangi pencapaian musim lalu. Pemain Terbaik Arsenal Musim 2012/13 itu berjaya meledak 5 gol dalam 6 penampilan bersama The Gunners sepanjang bulan Januari lalu.

Cazorla memulakan aksi bulan Januari dengan menjaringkan satu gol dalam saingan Piala FA ketika menewaskan Tottenham Hotspurs sebelum meledak dua gol ketika menentang Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Pemain tengah berusia 29 tahun itu terus menyumbang satu gol ketika The Gunners membelasah Coventry City 4-0 sebelum menjaringkan satu lagi gol ketika menentang Southampton.

Pemain kelahiran Llanera, Sepanyol itu mengumpul undian tertinggi dengan meraih 57.4% undian mengatasi penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny yang menerima 8.9% undian. Pertahanan kental Jerman, Per Mertesacker pula berada ditempat ketiga dengan 8.1% undian. Pemilihan ini dibuat berdasarkan undian penyokong-penyokong The Gunners menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.

Sementara itu, jaringan Tomas Rosicky ketika menentang Tottenham Hotspurs telah dilipih selaku Gol Terbaik Arsenal bagi bulan Januari. Jaringan tersebut hadir selepas Rosicky mencuri bola dari kawalan pertahanan Spurs, Danny Rose dan melakukan gerakan solo sebelum melakukan kuisan mudah menewaskan Hugo Lloris. Jaringan tersebut menerima 28% undian mengatasi gol Cazorla ketika menentang Tottenham Hotspurs yang mengumpul 18% undian.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply