[ARTIKEL] TRAGEDI MUNICH – SEJARAH HITAM MANCHESTER UNITED

tragedi-Munich-1958-Manchester-UnitedTanggal 6 Februari 1958 menjadi titik hitam dalam sejarah kelab bola sepak Manchester United. Insiden kemalangan pesawat di Munich itu telah meragut 23 nyawa, 11 daripadanya merupakan pemain Manchester United. Ketika itu, skuad bimbingan Sir Matt Busby itu sedang berada di prestasi terbaik untuk mempertahan kejuaraan Liga Division 1 Inggeris selain berpeluang untuk merangkul kejuaraan trebel.

Manchester United ketika itu dibarisi oleh rangkaian pemain muda berbakat yang digelar ‘The Busby Babe’ terbang ke Belgrade bagi menghadapi perlawanan timbal-balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Red Star. Sebelum itu, Manchester United berjaya menewaskan juara Liga Super Serbia itu 2-1 menerusi jaringan Bobby Charlon dan Eddie Coleman pada 14 Januari 1958.

Skuad bimbingan Sir Matt Busby juga masih hangat dengan kejayaan melayakan diri ke pusingan ke-5 Piala FA selepas menewaskan Ipswich Town 2-0 di Old Trafford selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan terakhir. Sementara itu, dalam saingan Liga Divisyen 1 Inggeris, Manchester United berada di tempat kedua dengan ketinggalan 6 mata di belakang pendahulu, Wolverhampton berbaki 14 perlawanan liga.

Manchester United terbang ke Belgrade dengan pesawat sewaan dari British European Airways (penerbangan 609). Pesawat jenis Airspeed Ambassador 2 yang dibina pada tahun 1952 dikemudi oleh kapten James Thain dan pembantu juruterbang, kapten Kenneth Rayment yang cukup berpengalaman. Dalam perlawanan di Belgrade itu, United berjaya mengikat Red Star 3-3 sekaligus melayakan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Skuad bimbingan Matt Busby itu dijadualkan pulang ke Manchester United pada 6 Februari 1958 dan akan transit di Munich untuk mengisi bahan api namun penerbangan itu tertunda selama satu jam selepas salah seorang pemain United, Johnny Berry kehilangan pasportnya. Pesawat malang yang membawa 44 penumpang itu kemudiannya mendarat di Lapangan Terbang Munich-Reim pada pukul 13.15.

Selesai mengisi bahan api, pesawat sedia untuk berlepas namun kapten Thain mengesan bunyi ganjil di bahagian enjin pesawat tatkala pesawat sedang memecut. Ketika tu salji turun dengan tebal sekali. Selepas 3 minit mencuba, namun kapten Thain akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berlepas dan melakukan pemeriksaan terhadap pesawat itu. Penumpang kemudiannya diberitahu bahawa penerbangan akan ditangguhkan keesokan harinya.

Kapten Thain telah mencerita masalah pesawat kepada jurutera stesyen, Bill Black. Selepas melakukan pemeriksaan, Bill Black mnyerankan agar penerbangan ditunda sehari agar usaha penyelengaraan menyeluruh dilakukan ke atas pesawat tersebut. Namun, kapten Twain yang berpengalaman luas dalam Tentera Udara Diraja British (RAF) merasakan kerosakan itu tidak teruk dan menolak untuk bermalam di Munich.

15 minit kemudian, para penumpang dipanggil memasuki pesawat dan krew penebangan sedia untuk berlepas pulang ke bandaraya Manchester. Bagi kapten Thain, landasan lapangan terbang Munich-Reim sepanjang 2 kilometer itu cukup panjang untuk melakukan perlepasan meskipun berdepan dengan masalah enjin namun beliau tidak mengambil kira masalah salji tebal yang menyelaputi landasan itu. Salji tersebut mampu mengurangkan kelajuan pesawat sekaligus berdepan risiko kecelakaan.

Tepat 15.03 petang waktu tempatan, pesawat itu melakukan percubaan ketiga untuk berlepas selepas mendapat kebenaran daripada menara kawalan Munich-Reim dan berjaya mencapai kelajuan 117 knot (217 km/jam) sebelum berlepas, hanya 2 knot sahaja lagi diperlukan untuk mencapai tahap minimum untuk berlepas dan pesawat itu tidak boleh lagi membatalkan penerbangan tatkala hujung landasan semakin hampir.

Ketika itu, hanya terdapat dua kemungkinan sahaja ; berlepas dengan selamat atau kecelakaan yang menanti. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, kelajuan pesawat kemudiannya menurun kepada 112 knot dan semakin menurun kepada 105 knot. Kebimbangan mula terpancar di wajah kapten Thain sementara pembantu juruterbang, kapten Rayment sempat berteriak, ‘Tuhan! Kita tidak dapat terbang!”

Pesawat malang itu kemudianya melewati landasan dan tergelincir lalu melanggar stor dan bangunan berhampiran lapangan terbang itu. Sayap kiri dan bahagian belakang pesawat patah manakala bahagian kanan pula remuk akibat melanggar stor bahan api. Api mulai marak dan kapten Thain yang terselamat dalam nahas itu mengarahkan anak kapal yang masih hidup membawa keluar penumpang-penumpany yang terselamat.

Tragedi memilukan itu telah meragut 23 nyawa di mana 8 daripada adalah pemain United, 3 pegawai kelab, 8 wartawan Inggeris dan 2 anak kapal selain dua penumpang biasa, Bela Miklos (agen pelancongan) dan Willie Satinoff (sahabat Matt Busby). Pengurus pasukan, Sir Matt Busby yang terselamat dalam nahas itu pada mulanya berhasrat untuk bersara mengubah keputusan untuk kembali membimbing Manhcester United meskipun berdepan masalah kekurangan pemain.

Meskipun pada mulanya Manchester United berhasrat untuk mengundur diri dari saingan musim 1957/58 namun berbekalkan pemain simpanan dan pemain pinjaman dari dua kelab kembali menghabiskan sisa pejuangan yang berbaki. 2 minggu selepas tragedi, Manchester United kembali beraksi dalam perlawanan pusingan ke-5 Piala FA menentang Sheffield Wednesday di Old Trafford menyaksikan skuad bimbingan Matt Busby menang 3-0.

Kehilangan ramai tonggak utama jelas menjejaskan rentak Manchester United apabila menamatkan saingan tanpa sebarang kejuaraan. Skuad Matt Busby hanya menang satu daripada 14 perlawanan liga, disingkirkan oleh AC Milan di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah serta tewas 0-2 kepada Bolton Wanderers di perlawanan akhir Piala FA. Namun, musim berikutnya, United tampil dengan wajah baru apabila membawa masuk beberapa nama besar termasuk George Best dan Dennis Law.

Susulan daripada insiden itu, siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu meskipun pada mulanya ramai pakar yang berpendapat ianya disebabkan oleh masalah enjin. Namun, hasil inkuiri mendapat faktor salji tebal telah menyebabkan pesawat gagal mencapat kelajuan yang dikehendaki sekaligus menjadi punca utama tragedi ini. Nahas ini juga telah menjadi inspirasi kepada gelaran ‘Red Devils’ yang digunakan oleh United kini.

This entry was posted in Artikel and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply