[PERSPEKTIF] LEHMANN SOKONG PERPINDAHAN DRAXLER KE ARSENAL

Julian-Draxler-German-wonderkidBekas penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann menyokong penghijrahan bintang muda Jerman, Julian Draxler ke Stadium Emirates pada jendela perpindahan Januari ini dan bukannya pada musim panas akan datang. Namun, Arsenali dilaporkan perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £30 juta jika berhasrat untuk mendapat tandatangan pemain tengah berusia 20 tahun itu di mana perpindahan tersebut bakal menguntungkan kedua-dua pihak.

Meskipun pengurus The Gunners, Arsene Wenger menafikan Arsenal dan Schalke 04 telah mencapai persetujuan mengenai perpindahan pemain muda Jerman itu namun khabar angin mengenai perpindahan Draxler ke Arsenal terus bertiup kencang. Bagi penjaga gol lagenda Arsenal, kelibat pemain muda Jerman itu sangat sesuai dengan corak permainan The Gunners. Lehmann pernah beraksi bersama Arsenal dari 2003 hingga 2008 dengan melakukan 200 penampilan bersama Arsenal.

“Saya rasa Julain Draxler boleh dinilai sebagai salah seorang pemain muda yang hebat dan berbakat di Jerman. Jadi saya rasa perpindahannya ke Arsenal sangat bagus, kata Lehmann kepada Sky Sports.

“Mungkin tidak sekarang kerana dia masih boleh beraksi menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah bersama Schalke 04 dan membantu Schalke 04 untuk melayakan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Dengan Arsenal, dia (Draxler) dilihat memiliki peluang yang lebih cerah beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depandengan skuad yang lebih baik.”

“Sudah tentu jugaini bakal memberi peluang yang lebih cerah buat dirinya beraksi di Piala Dunia Brazil 2014,” kata penjaga gol lagenda Arsenal itu lagi.

Meskipun baru berusia 20 tahun, Draxler sudah menjaringkan 26 gol dalam 133 penampilan bersama Schalke 04 sejak melakukan debut pada Januari 2011. Pemain muda Jerman itu kini diaporkan berada di Munich dan menjalani pemeriksaan kesihatan bersama Doktor Hans-Wilhelm Müller-Wohlfahrt, doktor yang memeriksa Mesut Ozil sebelum melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply