[PERPINDAHAN] NICO YENNARIS SERTAI BRENTFORD

Nico-Yennaris-sertai-BrentfordPemain muda England, Nico Yennaris sah meninggalkan Arsenal menyertai kelab Liga Satu, Brendtford  secara kekal dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan seorang pemain versetail yang mampu beraksi baik di posisi bek kanan dan midfielder. Tonggak skuad Arsenal B-21 dan England B-19 hanya 3 kali beraksi dalam skuad utama Arsenal dan banyak menghabiskan tempoh pinjaman ke Notts County (2012) dan Bournemouth (2013).

Yennaris dilahirkan Leytonstone, England pada 24 Mei 1993. Pemain berdarah campuran Greek-Cina itu mula menyertai akademi Arsenal pada tahun 2000 ketika berusia 7 tahun sebelum mendatangani kontrak professionalnya bersama The Gunners pada Julai 2010. Yennaris telah mendapat debut bersama skuad utama Arsenal ketika menentang Manchester United pada Januari 2012 apabila masuk sebagai pemain gantian bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Johan Djourou di posisi bek kanan.

Musim lalu, Nico Yennaris merupakan kapten kepada skuad Arsenal B-19 yang beraksi dalam kejohanan remaja Eropah NextGen Series. Pemain berusia 20 tahun itu telah menandatangan kontrak selama 2 tahun setengah untuk kekal di Griffin Park sehingga 2016. Sementara itu, pengurus Brentford FC, Mark Waburton gembira selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain muda England itu.

Nico-Yennaris-Arsenal-vs-Anderlecht“Nico (Yennaris) seorang pemain yang kami pantau sejak beberapa tahun lalu di akademi Arsenal,” kata Warburton menerusi laman web rasmi Brentford.

“Dia (Yennaris) seorang pemain yang berbakat, memiliki kemahiran teknikal yang bagus serta fizikal yang mantap. Dia seorang pemain muda yang memiliki taktikal sebenar.”

“Nico memiliki keupayaan yang hebat yang boleh beraksi di posisi bek kanan, bek kiri dan bahagian tengah. Dia berada pada tahap yang sama seperti George Saville, Jake Bidwell dan Marcello Trotta.”

“Dia seorang pemain muda berbakat dan saya pasti dia mempunyai masa depan yang cerah bersama Brentford FC.”

“Kami gembira berjaya mendapatkan khidmatnya secara kekal. Kami juga berterima kasih kepada pengurusan Arsenal yang membantu perjanjian ini dimuktamadkan,” kata pengurus Brentford itu lagi.

Buat Nico Yennaris, selamat maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply