[KOMENTAR] ARSENAL HARUS BELI PENYERANG BARU – CASCARINO

arsenal-ramsey-walcott-giroudMeskipun The Gunners kini gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris musim ini sejak 22 September 2013 namun peluang Arsenal untuk menjulang kejuaraan masih belum dijamin dalam gengaman skuad bimbingan Arsene Wenger selepas hanya dipisahkan satu mata dengan peasukan di kedudukan kedua, Manchester City. Pencapaian memberansangkan Arsenal musim ini banyak dibantu oleh kecemerlangan benteng pertahanan dan jaringan yang dicipta oleh pemain-pemain tengah.

Penyerang utama Arsenal, Olivier Giroud pula dilihat masih terumbang-ambing dengan prestasi tidak menentu dan gagal melakukan tugasnya dengan pengempur utama The Gunners sementara Lukas Podolski dan Theo Walcott pula masih dihimpit masalah kecederaan. Lantaran itu, bekas pemain bola sepak Inggeris era 90-an, Tony Cascarino menyarankan agar Arsenal membeli penyerang baru pada jendela perpindahan Januari ini jika mahu mencerahkan peluang menjulang kejuaraan liga.

Lukas-Podolski-girang-di-tengah-pemain-Fulham“Secara peribadi, saya tidak melihat bahawa Lukas Podolski merupakan penyelesaian selaku center foward Arsenal. Dia lebih baik bermain agak kebelakang,” kata bekas pemain Chelsea itu.

“Theo Walcott sebenarnya boleh menjadi jawapan kepada permasalahan ini. Namun, bagi saya rasa penyelesaian terbaik untuk memastika kejuaraan Liga Perdana Inggeris tidak terlepas, Arsenal harus membeli penyerang baru.”

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply