[BULETIN] THEO WALCOTT PEMAIN TERBAIK BULAN DISEMBER

Theo-Walcott-celebrate-goal-vs-Man-CityMeskipun baru sahaja kembali dari dibelenggu masalah kecederaan sejak permulaan musim lalu, Theo Walcott kembali membuktikan kecemerlangan sepanjang bulan lalu sekaligus dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan Disember. Pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu kembali beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners pada pertengahan Disember lalu ketika menentang Manchester City di Stadium Etihad.

Theo Walcott memulakan aksi bulan Disember dengan hadir sebagai pemain gantian ketika menentang Hull City dan Everton serta menghasilkan satu assist buat Mesut Ozil ketika menentang The Toffees. Pemain sayap Arsenal ini kembali menemui sentuhan golnya apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Manchester City dan West Ham United. Walcott menutup aksi bulan Disember dengan mencipta satu assist untuk Olivier Giroud ketika The Gunners menundukkan Newcastle United.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu berjaya menerima 42.3% undian mengatasi pertahanan kental Jerman, Per Mertesacker yang berada di tempat kedua dengan 25.8% undian. Tonggak berpengalaman, Tomas Rosciky pula di tempat ketiga dengan 5% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian penyokong-penyokong yang dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

Sementara itu, jaringan kedua Walcott ketika menentang Manchester City telah dipilih selaku Gol Terbaik Arsenl bagi bulan Disember. Walcott menerima umpanan daripada Aaron Ramsey di sebelah kiri sebelum melakukan satu sepakan lencong menarik ke penjuru kiri gawang The Citizen. Jaringan tersebut menerima 48% undian mengatasi jaringan Podolski ketika menentang West Ham United yang berada di tempat kedua dengan 14% undian.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply