[BULETIN] THEO WALCOTT BERPELUANG KE PIALA DUNIA BRAZIL

Theo-Walcott+England+v+BelgiumHarapan untuk Theo Walcott beraksi di Piala Dunia Brazil Jun ini kembali terbuka selepas seorang pakar bedah Scotland, Professor Gordon Mackay mengakui mampu membantu proses pemulihan kecederaan ACL yang dialaminya dalam tempoh 4 bulan sahaja. Terdahulu, pemain sayap England berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL) ketika membantu Arsenal menewaskan musuh setempat, Tottenham Hotspurs pada pusingan ketiga Piala FA hujung minggu lalu.

Professor Gordon Mackay yang pernah berkhidmat bersama Rangers memaklumkan bahawa mampu memastikan Walcott akan kembali beraksi dalam tempoh 4 bulan lagi. Pakar bedah Scotland itu juga meramalkan bahawa pemain Arsenal itu perlu memakai pendakap dalaman yang mampu untuk membantunya berjalan dan berlari dalam tempoh 12 minggu sahaja. Kaedah pemulihan baru ini dilihat lebih cepat berbanding proses pemulihan ACL sebelum ini yang memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.

Theo Walcott injured in September 2013Selain itu, proses pemulihan ini turut melibatkan peranti yang dimasukkan ke dalam lutut untuk menstabilkan sendi dan membenarkannya bergerak ke hadapan untuk memulakan proses pemulihan terlebih dahulu. Ini membolehkan ligamen yang pecah itu akan disambung semula dengan tulang dan pesakit boleh meningkatkan beban kerjanya. Sementara itu, Theo Walcott dijangka akan menjalani pembedahan dalam tempoh 2 minggu akan datang bagi memperbaiki ligamennya yang pecah.

Professor Gordon Mackay ini telah berjaya membantu ramai atlet termasuk pemain-pemain bola sepak dan ragbi (kebanyakannya dari Celtic dan Rangers)  bagi memulihkan kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL) dengan lebih cepat. Pakar bedah itu tidak menolak kemungkinan jika Arsenal mempunyai perancangan lain untuk pemain sayap itu namun Mackay bersedia untuk menghubungi Arsenal pada hari ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply