[BULETIN] PUMA BAKAL TAJA JERSI ARSENAL

Arsenal-PumaArsenal FC mengumumkan bahawa pembekal barangan sukan dari Jerman, PUMA akan menjadi penaja jersi rasmi Arsenal bermula pada 1 Julai 2014 untuk tempoh 5 tahun. Selain itu membekalkan peralatan sukan dan jersi kit latihan untuk pasukan Arsenal, PUMA juga turut mendapat hak untuk mengeluarkan cenderahati dan produk Arsenal di seluruh dunia. Perjanjian ini menamatkan kerjasama Arsenal bersama pembekal sukan US, Nike untuk tempoh dua dekad sejak tahun 1994.

Meskipun tidak didedahkan, perjanjian ini adalah yang terbesar dalam sejarah Arsenal yang dianggarkan bernilai £30 juta setahun untuk tempoh 5 tahun. Arsenal dan PUMA bakal berkerjasama untuk inovasi prestasi barangan sukan serta strategi global untuk meningkatkan pertumbuhan pasaran produk bola sepak. Arsenal juga memperkenalkan PUMA sebagai platform penting untuk meningkatkan persembahan produk menerusi rangkaian penyokong global, profil dan reputasi.

Puma-and-Arsenal-agreementBjoern Gulden, Ketua Pegawai Eksekuitf PUMA berkata, “Arsenal merupakan kunci strategik untuk PUMA bagi beberapa tahun akan datang. Menerusi visi komersial yang jelas, ini merupakan strategi pemasaran sukan yang jitu dan semangat berterusan dalam organisasi PUMA. Kami bangga menandatangani perjanjian ini dengan kelab berkelas dunia.”

“Kini kami memasuki era baru dalam sejarah syarikat kami, Arsenal memberikan peluang yang komersil dan peluang pemasaran untuk mengukuhkan kredibiliti PUMA sebagai jenama sukan global. Kami sangat yakin dengan perancangan ini dengan mengaktifkan perjanjian ini yang bakal memberikan impak kepada global.”

Arsenal-vs-Southampton-Premier-LeagueSelain itu, PUMA turut melanjutkan penajaan dengan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan menandatangani finalis Liga Juara-Juara Eropah, Borussia Dortmund pada 2013 serta penajaan untuk Sergio Aguero, Cesc Fabregas, Mario Balotelli, Radamel Falcao, Olivier Giroud dan Yaya Toure. PUMA turut menaja Raja Pecut Jamaica, Usain Bolt sehingga 2016. PUMA kini merupakan pembekal produk sukan ketiga terbesar di dunia selepas Adidas dan Nike.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata, “Kami sangat gembira dengan berkerjasama dunia, syarikat yang terkenal dengan warisan bola sepak dan rekod inovasi yang hebat untuk kami. Ini merupakan langkah kehadapan dalam pembangunan Arsenal di dalam dan di luar padang.”

Sumber : www.arsenal.com

Incoming search terms:

  • buletin arsenal malaya
This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply