[BULETIN] MESUT OZIL PEMAIN TERBAIK JERMAN BAGI TAHUN 2013

Mesut+Ozil+Germany+2012Tonggak tengah Arsenal, Mesut Ozil telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Jerman bagi tahun 2013 mengatasi cabaran daripada duo Bayern Munich, Philipp Lahm dan Thomas Müller. Keputusan itu berdasarkan undian penyokong-penyokong yang diumumkan menerusi laman konfederasi bola sepak Jerman (DFB). Kejayaan ini merupakan yang ketiga berturut-turut buat Ozil selaku pemain terbaik Jerman dengan memperolehi 30% undian.

“Pemilihan ini membuatkan saya berasa bangga dan gembira kerana dipilih oleh penyokong-penyokong,” kata Ozil menerusi laman sesawang rasmi DFB.

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013“Tahun 2013 merupakan tahun yang bergelora (mencabar) bagi saya dengan perpindahan saya dari Madrid ke London.”

“Penampilan di peringkat antarabangsa adalah sangat penting dalam lingkaran bersama-sama rakan sepasukan serta penyokong-penyokong yang hebat.”

“Saya masih bermain dalam setiap perlawanan seperti pertama kali saya menyertai skuad ini. Saya melihat anugerah ini sebagai ransangan untuk saya lebih cemerlang pada 2014 dan Piala Dunia Brazil,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Incoming search terms:

  • pemain bolasepak jerman mesut ozil
This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply