[PERSPEKTIF] WENGER PERNAH TERFIKIR UNTUK MELEPASKAN RAMSEY

Aaron-Ramsey-v-Sunderland-2012Beberapa musim lalu ramai penyokong-penyokong dan pemerhati bola sepak meragui kemampuan Aaron Ramsey. Malah, pengurus The Gunners itupernah terfikir untuk mengugurkan pemain berusia 22 tahun itu daripada skuadnya lantaran gagal beraksi konsisten bersama Arsenal. Musim ini, Ramsey bangkit dengan mempamerkan permainan yang mantap dan konsisten dengan menjaringkan 13 gol dalam 23 perlawanan setakat ini.

“Sebagai pengurus, saya pernah terfikir adakah saya terlalu cepat menurunkannya atau saya perlu memberi peluang kepadanya lagi,” kata Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Situasi itu sangat sukar untuk dijawap kerana ia bergantung kepada keadaan mentalnya (Ramsey). Ketika keyakinan diri menurun, maka itu akan menjadi masalah. Namun, dia seorang pemain yang memiliki keyakinan diri.”

“Anda harus memujinya kerana perubahan yang ditampilkan olehnya musim ini. Dia tidak pernah menyerah kalah dan dia membuktikan bahawa dia memiliki kualiti yang diperlukan.”

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013Pemain antarabangsa Wales berusia 22 tahun itu meledak 2 gol ketika membantu Arsenal menewaskan bekas kelabnya, Cardiff City semalam. Kemenangan itu berjaya mengukuhkan Arsenal di kedudukan teratas liga dengan mengumpul 31 mata selepas 13 perlawanan setakat ini. Wenger mengakui Aaron Ramsey kini semakin matang dan akan terus berkembang serta bakal salah seorang pemain tengah terbaik di dunia.

“Dia (Ramsey) telah berkembang dan semakin dewasa bukan sahaja sebagai pemain tetapi juga sebagai manusia,” kata pengurus kelahiran Perancis itu.

“Beberapa tahun lalu, dia datang ke sini dalam saingan liga domestik dan menghadapi perlawanan yang sangat sengit. Kini, kita dapat menilai sejauh mana dia sudah berkembang.”

“Saya sangat gembira dengan apa yang dimiliki oleh dia (Ramsey). Dia mampu bertahan, dia boleh menyerang dan menjaringkan gol. Apa lagi yang anda mahukan? Dan dia masih muda.”

“Ketika anda memerhatikan perkembangannya dalam dua tahun kebelakangan ini, mengapa dia harus berhenti sekarang. Saya masih banyak yang boleh diperbaiki (oleh Ramsey) dan jika dia terus bermain seperti ini, masa depannya sangat cerah.”

Aaron+Ramsey+Wenger+choiceWenger turut menolak kemungkinan untuk melepaskan pemain-pemain tonggak Arsenal termasuk Aaron Ramsey meskipun mendapat tawaran yang lumayan daripada kelab luar. Sejak beberapa musim lalu, Arsenal mengharungi prestasi yang tidak menentu lantaran telah melepaskan ramai pemain-pemain termasuknya Thierry Henry, Patrick Vieira, Cesc Fabregas, Robin van Persie, Samir Nasri dan ramai lagi.

“Tidak. Kami tidak akan menjual sesiapa pun. Saya menderita bertahun-tahun ini kerana menjual pemain-pemain. Kini kami sudah berada dalam situasi kewangan yang lebih kukuh,” kata Wenger lagi ketika ditanya samada akan melepaskan Aaron Ramsey jika menerima tawaran sebanyak £50 juta.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply