[PERSPEKTIF] PERTAHANAN BANYAK MEMBANTU SAYA – SZCZESNY

Wojciech-Szczesny-excellent-2013Wojciech Szczesny menghamburkan pujian buat dua pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker yang banyak membantunya daripada dibolosi musim ini. Penjaga gol The Gunners itu mencatatkan 6 perlawanan tanpa bolos daripada 7 perlawanan terakhir. Malah, Arsenal juga muncul selaku pasukan yang memiliki pertahanan paling ampuh dengan haya melepaskan 10 gol daripada 13 perlawanan liga setakat ini.

“Kami (Arsenal) hanya melepas satu gol dalam bulan November. Kami telah beraksi bagus dan bermain di belakang mereka (berempat) sangat menyenangkan bagi saya,” kata Szczesny menerusi Arsenal.com.

“Saya sentiasa berkerja keras tetapi barisan pertahanan sangat banyak membantu saya. Saya berasa senang beraksi dengan empat perlawanan yang sama setiap minggu. Anda tidak tahu betapa pentingya semua itu.”

“Ya, saya mahu terus mengekalkan rekod tanpa bolos tetapi saya tidak tahu berapa banyak ‘save’ mampu dilakukan.”

Arsenal training session 2013-14Penjaga gol antarabangsa Poland itu turut melaungkan keyakinan bahawa Arsenal mampu menjulang kejuaraan musim ini. Arsenal kini gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris dengan 4 mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea. Namun, Szczesny mahukan rakan-rakan sepasukannya terus fokus dan mengekalkan konsistensi sehingga ke penghujung musim jika mahu menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

“Kami berada dalam kedudukan yang kami inginkan dan kamu mahu kekal di kedudukan ini selama mungkin.”

“Tetapi saya benar-benar tidak peduli dengan kedudukan kami. Apa yang paling penting adalah di mana kedudkan kami pada Mei nanti.”

“Jika kami terus bermain seperti sekarang ini saya yakin kami akan terus berada di puncak pada Mei nanti. Tetapi banyak perkara yang kami harus lakukan dan banyak perlawanan sukar yang harus dimenangi.”

“Tiada ertinya untuk terus memberi tekanan kepada kami. Kami hanya ingin menikmati setiap perlawanan satu demi satu,” kata penjaga gol berusia 23 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply