[PERSPEKTIF] NICKLAS BENDTNER MASIH BOLEH DIHARAPKAN

Nicklas-Bendtner-goal-vs-Hull-City-2013Arsène Wenger mengakui bahawa Nicklas Bendtner masih boleh diharapkan untuk menerajui jentera serangan Arsenal jika Olivier Giroud direhatkan. Penyerang antarabangsa Denmark berusia 25 tahun itu meledak gol pertamanya sejak Mac 2011 ketika menentang Hull City awal pagi tadi. Jaringan itu membantu Arsenal menewaskan skuad bimbingan Steve Bruce 2-0 di Stadium Emirates sekaligus mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Nicklas Bendtner tida di Arsenal dari kelab Sweden, Kjøbenhavns Boldklub pada musim panas 2004 ketika berusia 16 tahun. Meskipun mengharungi masa depan yang tidak menentu bersama Arsenal pada dua musim terakhir ini dengan banyak menghabiskan masa sebagao pemain pinjaman bersama Juventus dan Sunderland namun Bendtner terus berusaha keras untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.

“Lihat, dia tidak bermain untuk tempoh yang lama dan persembahan terakhirnya ketika menentang Chelsea tidak menyakinkan tetapi dia sentiasa berkerja keras semasa sesi latihan dan dia berhak mendapat peluang,” kata Wenger ketika ditanya mengenai prestasi Bendter awal pagi tadi.

“Kami tahu apabila dia berada dalam permainan, dia memiliki kualiti. Saya percaya dia telah memberikan persebahan terbaiknya malam ini.”

“Ketika ini, kami tidak begitu pasti. Dia memiliki ketinggian, dia memiliki kemahiran teknikal yang bagus dan memiliki kelincahan. Kami telah menandatangani ketika dia berusia 16 tahun dan saya telah 2 kali menandatangani kontrak jangka masa panjang bersamanya. Kami sentiasa percaya dengan kualiti yang dimilikinya.”

“Saya sentiasa memberitahu dia jika dia berkerja keras dia akan mendapat peluang dan pada masa yang sama (Olivier) Giroud perlu direhatkan. Ini cukup bagus untuk kami melihat bagaimana dia kembali kepada persembahan sebenarnya,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply