[PERSPEKTIF] MESUT OZIL PENGANTI IDEAL FABREGAS – WILSHERE

Cesc-Fabregas-vs-Mesut-OzilKetibaan Mesut Ozil di Stadium Emirates pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu berjaya memimpin kebangkitan Arsenal musim ini. Arsenal kini gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 31 mata selepas 13 perlawanan setakat ini. Playmaker Jerman itu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid untuk menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan dianggarkan £42.5 juta.

Wilshere mengakui perpindahan bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas pada musim panas 2011 jelas memberi kesan kepada persembahan The Gunners. Namun, pemain antarabangsa England itu mengakui ketibaan Mesut Ozil itu berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cesc Fabregas. Meskipun baru menyertai Arsenal, Ozil jelas berjaya menyesuaikan diri dengan pantas dan mencetus fenomena dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Mesut-Ozil-Arsenal-vs-Napoli“Saya cukup kecewa dengan pemergian Fabregas. Namun, saya teruja denga ketibaan (Mesut) Ozil, dia menyesuaikan diri dengan baik,” kata Wilshere baru-baru ini.

“Dalam perlawanan pertamanya ketika berkunjung ke Sunderland, dia berjaya menghasilkan satu assist dan dipilih selaku pemain terbaik perlawanan.”

“Dia bermain dengan cara Arsenal dan saya yakin lebih banyak yang bakal menyusul daripadanya. Dia mengawal bola dengan sangat baik sama menggunakan kaki kiri atau kaki kanan.”

“Jika anda melihat kepada statistik, dia merupakan antara pemain yang paling banyak berlari. Dia membuat segalanya kelihatan mudah tetapi itu hanya menutup kerja keras yang dilakukannya.”

Jack-Wilshere-Mesut-Ozil-vs-MarseilleJack Wilshere yang berjaya meledak 2 gol ketika menewaskan Marseille 2-0 pada Selasa lalu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah berterima kasih kepada playmaker Jerman itu selepas menghasilkan satu assist buatnya. Bintang muda England ini mengakui bahawa Ozil merupakan seorang pemain yang rendah diri dan tidak mementing diri-sendiri.

“Itu membuktikan betapa tidak egonya Mesut (Ozil). Kadang kala, jika anda gagal menyempurnakan sepakan penalti, anda akan merasakan bahawa anda perlu menjaringkan gol.”

“Namun itulah yang berlaku, dia berada dalam situasi yang seperti sebelumnya dan dia melakukan hantaran kepada saya. Bagi saya , itu merupakan satu jaringan yang mudah,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply