[PERSPEKTIF] KOSCIELNY SELESA BERSAMA PER MERTESACKER

FBL-ENG-PR-ARSENAL-LIVERPOOLGandingan mantap dua bek tengah Arsenal, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker berjaya memacu pencapaian cemerlang skuad bimbingan Arsene Wenger musim ini. Arsenal kini sedah gah menguasai persada Liga Perdana Inggeris dengan 5 mata di hadapan pencabar terdekat, Chelsea dan Liverpool. Benteng pertahanan Arsenal tampil selaku pasukan paling kurang dibolosi dengan hanya melepaskan 11 gol dalam 15 perlawanan liga setakat ini.

Kecemerlangan gandingan Koscielny-Mertesacker turut menyaksikan kapten Arsenal, Thomas Vermaelen sekadar memanaskan bangku simpanan musim ini. Arsenal kini dalam persiapan terakhir sebelum berlepas ke Naples, Itali menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli. The Gunners hanya memelukan keputusan seri bagi mengesahkan tiket ke pusingan ke-2.

“Kami sering berkomunikasi. Kami saling mengenali antara satu sama lain dan sering berbicara di luar padang,” kata Koscielny menerusi laman rasmi UEFA.

“Musimini segalanya berjalan dengan baik meskipun kami tidak mendapat banyak clean sheet.”

“Saya rasa, tiada banyak perubahan dalam skuad musim ini. Tetapi kami saling memahami antara satu sama lain dan suasana di luar padang juga sangat baik sekali.”

“Kami akan terus memandang ke hadapan dan saya berharap perlawanan seterusnya akan kekal lancar. Kami memiliki ramai pemain-pemain yang hebat. Kini, kami hanya perlu mengekalkan mentaliti kemenangan,” kata pertahanan berusia 28 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply