[PERSPEKTIF] FLAMINI TIDAK TERKEJUT DENGAN PRESTASINYA

Mathieu-Flamini-goal-vs-Cardiff-CityMeskipun baru kembali menyarung jersi The Gunners, Mathieu Flamini mengakui bahawa dirinya tidak terkejut pantas dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal. Pemain tengah Perancis itu melengkapkan kepulangan semula ke Stadium Emirates pada Ogos lalu sejak berhijrah ke AC Milan pada musim panas 2008. Flamini percaya bahawa falsafah permaianan Arsenal masih kekal sama meskipun pemain silih berganti mewarnai pasukan Arsenal dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya sama sekali tidak terkejut (segalanya berjalan lancar) kerana falsafah kelab masih sama,” kata Flamini kepada Arsenal.com.

“Kami masih bermain bola sepak dengan gaya permainan yang sama. Arsene Wenger masih di sini dengan cara pengurusan yang sama.”Bagi saya suasana di atas padang juga tidak jauh berbeza.”

Arsenal squad training 2013“Saya berasa sangat bagus dan gembira di sini tetapi apa yang paling penting adalah kebersamaan. Saya rasa kami mempunyai semangat yang luar biasa di atas padang, semua pemain saling membantu dan itu yang memberikan perbezaan.”

Mathieu Flamini mengakui pasukannya kini berada di landasan terbaik untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. Pemain tengah berusia 29 tahun itu berjaya meledak satu gol ketika membantu The Gunners mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Cardiff City semalam. Kemenangan itu kini meletakan Arsenal gah di persada liga dengan selesa mendahului tujuh mata di hadapan pencabar terdekat, Chelsea dan Liverpool.

“Segalanya berjalan dengan lancar. Kami memulakan saingan musim dengan penuh konsentrasi dan kemenangan yang bagus. Namun ini baru permulaan. Kami harus kekal fokus dan terus berkerja keras. Semoga kami dapat meneruskan prestasi (cemerlang) ini,” kata Flamini lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply