[PERSPEKTIF] FLAMINI SEHARUSNYA MENJADI KAPTEN – KEOWN

Mathieu-Flamini-vs-Man-United-November-2013Lagenda Arsenal, Martin Keown berpendapat bahawa tonggak tengah Arsenal, Mathieu Flamini lebih layak untuk menjadi kapten Arsenal. Namun, Arsene Wenger lebih cenderung memilih Mikel Arteta dan Per Mertesacker untuk memakai lilitan armband Arsenal. Baru-baru ini, Flamini mencetus kontroversi memotong lengan jersinya sekaligus melanggar tradisi kelab di mana semua pemain perlu memakai lengan jersi yang sama dengan kapten pasukan.

“(Mathieu) Flamini merupakan kunci keberanian Arsenal, dia membuktikan dengan aksinya dalam jentera tengah Arsenal,” nukil Keown menerusi Daily Mail.

“Saya sangat menyukai sikap yang dimilikinya untuk mencabar setiap keputusan. Namun, tindakan mengunting (lengan jersinya) itu sedikit diluar batasan.”

“Pemain-pemain seharusnya berada di belakang kapten, mengikuti keputusannya dan bermain sebagai satu pasukan.”

Mathieu-Flamini-cut-his-shirt-sleeves“Itu bukalah satu isu yang serius tetapi merupakan tradisi yang kami suka dan membuatkan kami bangga bermain untuk kelab. Mereka seharusnya menilai dan mempertahankan walaupun sering diperdebatkan.”

Mahthieu Flamini mencetuskan kontroversi apabila bertindak memotong lengan panjang jersinya ketika perlawanan menentang Man United dan Marseille bulan lalu. Tindakan tersebut berpunca kerana Flamini tidak bersetuju dengan pemilihan jersi lengan panjang oleh kapten pasukan sebaliknya lebih gemar memakai lengan pendek. Namun, Arsene Wenger menegur tindakan pemain tengah Perancis itu dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

“Itu merupakan satu tindakan bagus untuk mengekalkan tradisi itu dan memastikan semua pemain menghormatinya,” kata pertahanan lagenda Arsenal itu.

“Mungkin penyelesaian muda adalah dengan melantik Flamini menjadi kapten. Dan semua pemain akan memakai lengan pendek walaupun pada musim sejuk.”

tony-adams-martin-keown-vs-spurs“Ketika saya bermain, Tony Adams adalah kapten pasukan dan dia suka memakai lengan pendek walaupun pada musim sejuk. Meskipun ramai yang membantah namun dia tidak mengubah pendiriannya.”

“Apabila saya menjadi kapten, saya sentiasa memakai lengan panjang ketika musim sejuk. Terdapat segelitir yang membantah tetapi jawapan tetap tidak. Apa yang berlaku di mana kami mengigil (kesejukan) di barisan pertahanan sementara pemain serangan berlari di sekeliling padang,” kata Keown lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply