[PERSPEKTIF] ARSENAL BAKAL JULANG KEJUARAAN LIGA – GILBERTO

Arsenal-celebration-vs-Marseille-2013Bekas tonggak Arsenal, Gilberto Silva percaya bahawa bekas kelabnya itu mampu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dan berharap agar pengurus pasukan, Arsene Wenger melanjutkan kontrak di Stadium Emirates. Gilberto yang merupakan sebahagian daripada skuad The Invincibles telah menyaksikan Arsenal menewaskan Hull City 2-0 menerusi jaringan Nicklas Bendtner dan Mesut Ozil semalam.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu telah menghabiskan 6 musim bersama The Gunners dari tahun 2002 hingga 2008 sebelum menyertai kelab Greece, Panathinaikos pada Julai 2008. Gilberto Silva pernah menjulang kejuaraan Piala Dunia pada 2002 dan kini beraksi bersama kelab Brazil, Atl├ętico Mineiro. Bekas tonggak Arsenal itu mengakui turut teruja dengan corak permainan menarik yang dipamerkan oleh skuad bimbingan Arsene Wenger.

“Saya telah menyaksikan mereka menentang Hull City (di mana Arsenal menang 2-0) dan mereka benar-benar beraksi baik dan bermain ‘beautiful football’,” kata Gilberto Silva kepada Drive Time.

“Itu yang kami harapkan daripada mereka (Arsenal) dan saya berharap mereka akan memenangi liga musim ini. Saya berada di sini bersorak dan sentiasa menyokong mereka dari luar England.”

Arsenal training session 2013-14“Mereka mempunyai peluang yang musim ini kerana mereka benar-benar melakukan yang terbaik ketika ini. Apa yang penting adalah selepas Disember dan awal Januari nanti di mana mereka perlu kekal beraksi baik dan kuat serta bermain sebagai satu pasukan.”

“Itu merupakan sesuatu yang sukar tetapi saya sangat yakin mereka akan melakukannya musim ini.”

Gilberto Silva telah beraksi dalam 237 perlawanan bersama Arsenal dengan menjulang satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (2003/04), 2 Piala FA (2003, 2005) dan 2 Perisai Komuniti (2002, 2004). Bekas pemain antarabangsa Brazil itu mengakui Arsenal kini berada di landasan terbaik dan Arsene Wenger berhak mendapat penghargaan dengan membangunkan kelab ini menjadi sebuah kelab yang digeruni.

“Sejak Arsenal mengambil keputusan untuk membina stadium baru, banyak perkara yang telah berubah demi masa depan kelab. Mereka membelanjakan wang yang banyak untuk pembinaan stadium dan pada pendapat saya itu merupakan salah satu stadium terbaik di Eropah,” kata Gilberto Silva lagi.

“Itu merupakan sesuatu yang sangat penting di mana mereka sukar untuk mengekalkan pemain-pemain mereka.”

“Terdapat ramai pemain utama meninggalkan kelab dan akhirnya mereka terpaksa mengharap kepada pemain-pemain muda yang berada di bawah tekanan untuk beraksi bersama kelab besar seperti Arsenal. Itu bukan sesuatu yang mudah di mana banyak mengubah keadaan.”

“Tetapi Arsene (Wenger) telah melakukan tugasnya dengan baik dan mengekalkan Arsenal di tahap terbaik yang mampu dia lakukan.”

“Saya berharap dia akan kekal di sini. Semua pihak di Arsenal turut mengharap kerana dia mengetahui segalanya mengenai kelab ini berbanding pengurus-pengurus yang lain. Dia sebenarnya telah melakukan sesuatu yang hebat untuk kelab ini,” kata bekas pemain Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply