[PERSPEKTIF] ARSENAL BAGUS KETIKA MENYERANG DAN BERTAHAN

Arsenal-goal-celebration-vs-Manchester-City-Sept-2012Arsenal terus mengukuh cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Hull City 2-0 di Stadium Emirates awal pagi Khamis lalu. Skuad bimbingan Arsene Wenger itu kini mengumpul 34 mata selepas 14 perlawanan dengan diekori rapat oleh Chelsea yang meraih 30 mata di tempat kedua. Namun, The Gunners bakal berdepan tugas sukar apabila bakal bertemu dengan Everton, Manchester City dan Chelsea untuk tiga perlawanan akan datang.

Namun, Arsenal cukup cemerlang musim ini dengan berjaya menjaringkan gol dalam semua perlawanan liga setakat ini kecuali ketika menentang Manchester United pada 10 November lalu. Benteng pertahanan Arsenal juga turut ampuh dengan hanya melepaskan 10 gol setakat ini paling sedikit berbanding pasukan-pasukan lain. Arsenal turut berjaya mencatatkan 7 rekod tanpa bolos daripada 8 perlawanan terakhir.

“Kami (Arsenal) bertahan dengan baik dan sering mengancam (lawan) ketika melakukan serangan,” kata Carl Jenkinson selepas tamat perlawanan menentang Hull City.

“Kami mampu mencatat clean sheet dan jika kami meneruskan persembahan ini kami boleh menjulang kejuaraan musim ini.”

“Ini sangat penting untuk kami terus mara kehadapan. Ini kerana apabila kami ingin meraih kejuaraan maka kami harus terus mencatat kemenangan.”

Carl-Jenkinson-Arsenal-biggest-step-every-weekCarl Jenkinson beraksi buat kali pertama musim ini dalam kesebelasan utama Arsenal ketika menentang Hull City tempoh hari selepas Bacary Sagna diketepikan kerana mengalami kecederaan hamstring. Dalam perlawanan itu, Jenkinson berjaya mencipta satu assist buat Nicklas Bendtner menjaringkan gol. Lantaran itu, bek kanan muda berusia 21 tahun itu berharap terus diberi peluang untuk membantu Arsenal dalam usaha untuk menjulang kejuaraan.

“Ini merupakan sesutau yang baik untuk saya mendapat peluang bermain. Saya mahu terus membantu dalam perjalanan yang sedang kami harungi (menjulang kejuaraan),” kata Jenkinson lagi.

“Mereka (pertahanan Arsenal) cukup hebat. Dengan cara ‘back four’ Arsenal beraksi, saya hanya duduk dan melihat mereka bermain dengan bersungguh-sungguh,” kata bek kanan muda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply