[PERPINDAHAN] KHABAR ANGIN MENGENAI MORATA TIDAK BENAR

Meskipun jendela perpindahan Januari masih belum dibuka namun Arsenal dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid bagi mendapatkan penyerang muda Sepanyol, Alvaro Morata secara pinjaman. Media di Sepanyol melaporkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu bakal meninggalkan Santiago Bernabeu bagi mencari peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan Arsenal bakal menjadi destinasi pilihannya.

Arsenal turut dilaporkan mengintai khidmat penyerang Brazil, Alexandre Pato yang kini beraksi bersama Corinthians. Bekas penyerang AC Milan dan Internacional itu dilihat sebagai antara calon pilihan bagi mengatasi masalah ketumpulan di bahagian serangan The Gunners. Hasrat Arsenal tidak kesampaian apabila Corinthians dilaporkan telah menolak tawaran sebanyak £6.5 juta bagi mendapatkan khidmat penyerang berusia 24 tahun itu.

Namun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menandatangani penyerang baru pada jendela perpindahan Januari ini. Malah, pengendali berusia 64 tahun itu masih menaruh kepercayaan kepada Olivier Giroud dengan Lukas Podolski, Theo Walcott dan Yaya Sango sebagai altenatif di bahagian serangan The Gunners.

“Tiada kebenaran mengenainya. Itu yang boleh saya katakan. Saya tidak berhubungan dengan mereka (Real Madrid),” kata Wenger ketika ditanya mengenai perpindahan Morata ke Arsenal.

“Saya tidak memikirkan mengenainya. Kami masih mempunyai Yaya Sanogo yang dibawa pada musim panas lalu di mana dia akan kembali dari kecederaan pada Januari nanti.”

“Semoga dia (Sanogo) dapat membantu kami pada separuh musim kedua nanti,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply