[LIGA MALAYSIA] ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2013

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013Kelantan menepati ramalan apabila mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 selepas muncul juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia musim ini. Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2013 telah diadakan di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam kelmarin. Anugerah ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh F&N Beverages (M) Sdn. Bhd. bagi mengikitraf pencapaian dan sumbangan pemain dalam mengharumkan nama pasukan masing-masing.

The Red Warrior membolot lima daripada 14 anugerah yang dipertandingkan iaitu Pemain Tengah Terbaik, Pemain Paling Bernilai, Penyerang Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik. Kapten Kelantan paling mencuri tumpuan apabila muncul selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) musim ini sekaligus menamatkan penguasaan 3 tahun berturut-turut penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Penjaga gol kebangsaan, Kharul Fahmi Che Mat pula terus mengekalkan reputasi selaku penjaga gol terbaik bagi 4 musim berturut-turut. Jurulatih Pahang, Dollah Salleh pula dipilih selaku jurulatih terbaik selepas membantu skuad Tok Gajah menamatkan penantian 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia. Pemain muda Sarawak, Junior Eldstal pula dinamakan sebagai Pemain Muda Harapan manakala pertahanan Lions XII pula dipilih selaku Pemain Pertahanan Terbaik.

Berikut adalah senarai pemenang anugerah mengikut kategori masing-masing.

1. Anugerah Pemain Paling Bernilai : Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA)
2. Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
3. Pertahanan Terbaik : Baihakki Khaizan (Lions XII)
4. Pemain Tengah Terbaik : Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA)
5. Penyerang Terbaik : Norfarhan Muhammad (Kelantan FA)
6. Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James (ATM FA)
7. Jurulatih Terbaik : Dollah Salleh (Pahang FA)
8. Pemain Harapan : Junior Eldstål (Sarawak FA)
9. Persatuan Bolasepak Terbaik : Terengganu FA
10. Kelab Terbaik : KL Sime Darby FC
11. Kelab Penyokong Terbaik : Kelantan
12. Pengadil Terbaik : Nagor Amir Noor Mohamed
13. Penolong Pengadil Terbaik : Sabri Md Daud
14. Anugerah Fairplay : PDRM

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply