[KOMENTAR] RAMSEY ANTARA YANG TERBAIK DI EROPAH – MACKAY

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013Bintang muda Arsenal, Aaron Ramsey terus mencuri tumpuan peminat dan pemerhati bola sepak khususnya di England selepas mempamerkan peningkatan mendadak musim ini. Tonggak tengah Wales itu bangkit dari episod suram dan prestasi yang tidak menentu selepas mengalami kecederaan serius pada Februari 2010. Ramsey berjaya meledak 8 gol dan menghasilkan 4 assist dalam 13 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Terbaru, pemain tengah berusia 22 tahun itu cemerlang meledak dua gol ketika membantu Arsenal menewaskan bekas kelabya, Cardiff City 3-0 hujung minggu lalu. Anak kelahiran Caerphilly, Wales merupakan produk akademi Wales sebelum menyertai The Gunners pada Julai 2008. Pengurus Cardiff City, Malky Mackay secara terbuka mengakui kehebatan Ramsey dan menilai tonggak Wales itu sebagai antara pemain tengah terbaik di Eropah ketika ini.

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013“Kami menunjukan bahawa sebenarnya kami mampu bersaing di peringkat ini. Namun, pemain berharga £42.5 juta (Mesut Ozil) telah melakukan umpan ajaib untuk gol pertama Arsenal,” kata Mackay selepas tamat perlawanan hujung minggu lalu.

“Sementara itu, Ramsey ketika ini boleh diletakan sebagai antara pemain tengah terbaik di Eropah. Lihat sahaja prestasinya malam ini.”

“Ramsey masih muda dan ia akan terus menunjukan potensi serta kerja kerasnya. Saya yakin dia akan terus bersinar dan bersaing dengan pemain-pemain utama di Eropah. (Arsene) Wenger juga pastinya gembira dengan perkara tersebut,” kata pengurus Cardiff itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply