[KOMENTAR] MAN UNITED MASIH PENCABAR KEJUARAAN – WENGER

wayne-rooney-arsenal-vs-man-united-apr-2013Arsene Wenger menegaskan bahawa Manchester United belum tersingkir lagi dari perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini meskipun ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga. Juara bertahan itu kini dihimpit prestasi tidak menentu ekoran persaraan Sir Alex Ferguson penghujung musim lalu. Red Devils kini di bawah kendalian David Moyes itu sedang berada di kedudukan ke-9 liga dengan mengumpul 22 mata selepas 14 perlawanan setakat ini.

“Saya tidak mengenepikan (cabaran) pasukan lain seperti Manchester United. Ia masih terlalu awal untuk meramal tentang kejuaraan,” kata Wenger menerusi Arsenal.com.

“Apa yang menjadi kelebihan kami ialah konsistensi yang kami tunjukkan sehingga kini. Kami mahu meneruskannya untuk perlawanan akan datang kerana kami akan mengharungi perlawanan sukar.”

“Jika kami dapat mengekalkan kualiti ini dalam permainan kami, konsistensi dan keinginan untuk terus berkembang maka kami mempunyai peluang yang baik,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply