[KOMENTAR] DI SEBALIK KEJAYAAN LIONEL MESSI

Lionel-Messi-with Ballon-dOrLionel Messi, nama yang sentiasa meniti di bibir-bibir peminat bola sepak di seluruh dunia dewasa ini. Kejayaan bintang sensasi Barcelona itu yang berjaya meraih 4 anugerah FIFA Ballon d’Or berturut-turut sejak 2009 membuktikan dirinya selaku pengembur yang digeruni oleh pasukan lawan. Penyerang antarabangsa Argentina yang digelar sebagai ‘Jelmaan Maradona’ ini turut menjadi nadi kejayaan Barcelona apabila berjaya meraih 20 kejuaraan sejak 2006 sehingga kini.

Di sebalik pencapaian cemerlang Lionel Messi, ada kisah menarik di permulaan karier awalnya. Lionel Messi merupakan pemain kelahiran Rosario terletak 300 km di sebelah barat laut dari Buenos Aires. Pemain yang memiliki ketinggian 169cm itu dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Bapanya, Jorge Horácio Messi seorang penyelia di sebuah kilang baja manakala ibunya, Celia María Cuccittini berkerja sebagai tukang cuci separuh masa

Lionel Messi mula menunjukan minat bermain bolalionel-messi-ketika-kanak-kanak sepak sejak berusia 3 tahun di mana neneknya membelikan sebuah bola plastik.

Ibu Messi, Celia sering kali melarang Lionel daripada bermain bola sepak kerana khuatir akan cedera lantaran fizikalnya yang kecil berbanding rakan-rakan sebaya yang lain.

Namun, neneknya membantah tindakan Celia dengan berkata, “Biarkan anak bermain bola, itu tidak akan membuatkan dia akan terluka.”

Malah, nenek Messi merupakan insan pertama yang berjaya mengesan bakat luar biasa yang dimiliki oleh Messi yang mengungkap kata-kata kepada pengendali kelab tempatan, Grandoli, Salvador Aparicio, “Don Aparicio, lihatlah cara Leo bermain, betapa uniknya corak permainan cucuku.” Lantaran itu, Aparicio yang turut terpikat dengan bakat luar biasa Messi membawa masuknya berlatih bersama Grandoli ketika dia berusia 5 tahun.”

Pada 1995, Messi berjaya menarik perhatian kelab utama di Argentina, Newell’s Old Boys yang berpangkalan di ibu kota Rosario ketika berusia 8 tahun. Lionel Messi digelar sebagai El Enano (Si Kerdil) orang sebahagian peminat-peminat Newell’s Old Boys. Pelatih yang membimbing Messi selama 4 tahun di Newell’s, Carlos Morales mengakui bahawa murid kesayangannya itu seorang yang pendiam tetapi sangat berdisiplin.

“Leo tidak banyak berbicara tetapi dia sangat berdisiplin dan seorang pendengar yang baik. Setiap kali sesi latihan, Messi membersihkan kasutnya sendiri, menyiapkan kelengkapan dan sentiasa menjaga kesihatannya,” kata Carlos Morales.

Nenek Messi (ibu Celia) meninggal dunia pada 1998 ketika dia masih bersama Newell’s Old Boys dan tidak sempat untuk melihat kejayaan cucu kesayanganya itu. Messi kemudiannya dikesan mengalami masalah kekurangan hormon tumbesaran yang bakal menyaksikan ketinggian bakal berhenti pada 150 cm. Situasi itu jelas membimbangkan bapanya, Jorge yang berusaha untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk anaknya.

Young-Lionel-Messi-in-ArgentinaEkoran krisis kewangan yang melanda dunia ketika itu menyaksikan bapanya berusaha mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatan tumbesaran Messi yang tinggi daripada pengerusi kelab Newell’s Old Boys, Sergio Almiron namun hanya mampu memberi bantuan sebanyak £35 sebanyak 2 kali. Kelab gergasi Argentina, River Plate turut berminat mendapatkan Messi namun tidak bersedia untuk menanggung kos rawatan tumbesarannya.

Akhirnya, seorang pencari bakat bagi Barcelona, Josep Maria Minguella terpikat dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh Messi dan membawanya menjalani ujian percubaan bersama The Catalan. Pada mulanya pengerusi Barcelona, Carlos Rexach keberatan untuk membiayai kos rawatan tumbesaran Lionel Messi sebanyak £500 setiap bulan. Namun, kata-kata daripada bapa Messi menyebabkan Rexach berubah fikiran.

“Berikan kontrak kepada anak saya dan kami akan berpindah ke sini atau saya akan mencari kelab lain,” gertak Jorge Messi.

Lionel-Messi-vs-Real-Madrid-2012Carlos Rexach akhirnya bersetuju untuk menandatangani Lionel Messi dan turut bersedia membiayai kos rawatan tumbesaranya. Detik itu merupakan titik perubahan dalam karier Messi apabila tiba di akademi La Masia ketika berusia 11 tahun. Rawatan tumbesaran itu berjaya meningkatkan ketinggiannya dari 150cm (jangkaan awal) kepada 169cm di usia 21 tahun. Messi tidak menunggu lama untuk mendapat debut beraksi dalam skuad utama Barcelona pada 16 Oktober 2004 ketika berusia 17 tahun 114 hari.

Sehingga kini, Lionel Messi telah beraksi 380 perlawanan dengan menjaringan 313 gol dengan meraih 20 kejuaraan utama termasuk 6 kejuaraan La Liga, 3 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan 2 kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA. Malah, pemain kelahiran Argentina ini disebut-sebut sebagai lagenda baru bola sepak dunia lantaran pencapaian cemerlangnya meskipun perjalanan karier bola sepak Messi baru di pertengahan.

Incoming search terms:

  • messi 4 ballon dor
  • kejayaan lionel messi
  • messi 4 ballon d\or
This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply