[KOMENTAR] ARSENAL MERUPAKAN LAWAN SUKAR KAMI – EVERTON

Roberto-Martinez-Everton-2013Pengurus Everton, Roberto Martinez mengakui bahawa persembahan pasukannya ketika menentang Arsenal semalam merupakan yang terbaik musim ini. The Toffees bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris ini menerusi jaringan Gerard Deulofeu pada minit ke-84. Keputusan seri itu berjaya mengekalkan Everton di kedudukan ke-5 liga selepas 15 perlawanan.

“Saya katakan hari ini (prestasi) adalah yang terbaik di tempat lawan berbanding di laman sendiri. Persembahan pada separuh masa pertama seperti yang kami mahukan,” kata Roberto Martinez kepada EvertonTv.

“Saya sentiasa mahu mempertingkatkan dan memberi cabaran untuk mengatasi kelebihan jaringan. Saya tidak pernah melihat (prestasi) pasukan yang tiba di Stadium Emirates musim ini dan mereka telah melakukan yang terbaik.”

“Caranya dengan mengekalkan penguasaan bola dan merampasnya daripada Arsenal, dan itu yang berlaku dalam perlawanan tersebut.”

“Anda tidak boleh memperkecilkan kualiti yang dimiliki oleh Arsenal, mereka beraksi cukup luar biasa musim ini. Jadi, berdasarkan pemerhatian hari ini saya rasa kami patut berasa bangga,”kata pengurus Everton itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply