[KOMENTAR] ARSENAL BUKAN LAWAN MUDAH – PEP GUARDIOLA

Josep+Guardiola+vs+Arsene+WengerPengurus Bayern Munich, Pep Gurdiola mengakui skuad bimbingannya bakal menghadapi ujian getir apabila diundi bertemu Arsenal dalam pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Meskipun memiliki rekod yang baik dengan berjaya mengingkirkan Arsenal sebanyak dua kali ketika membimbing Barcelona sebelum ini dalam pusingan kalah mati namun Pep Guardiola jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya apabila terpaksa berdepan dengan The Gunners.

Pengendali kelahiran Sepanyol berusia 42 tahun itu turut mengakui terpaksa mengalas tugas sukar apabila sekali lagi terpaksa terpaksa berhadapan dengan Arsene Wenger yang disifatkannya sebagai antara pengurus terbaik di Eropah. Arsenal kini gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata di hadapan pencabar terdekat, Chelsea dan Liverpool. Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah itu kini berada di Morocco bagi menghadapi saingan Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA 2013.

“Saya sangat mengenali Arsene Wenger dan juga pemain-pemainya. Dalam sesi undian ini, Arsenal merupakan pasukan yang paling sukar untuk kami hadapi,” kata Pep Guardiola ketika ditanya wartawan selepas sesi undian semalam.

Laurent-Koscielny-goal-vs-Bayern-2013Meskipun Bayern Munich berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 di Stadium Emirates namun anak buah Arsene Wenger mempamerkan semangat juang yang tinggi dengan menewaskan The Bavarians 2-0 di Allianz Arena pada perlawanan timbal balik. Menurut bekas pengendali Bayern Munich, Ottmar Hitzfeld yang kini membimbing skuad kebangsaan Switzerland, The Bavarians seharusnya pengalaman musim lalu sebagai pengajaran penting untuk menghadapi Arsenal musim ini.

“Sudah tentu Arsenal merupakan pasukan yang berada di kedudukan teratas tetapi Bayern (Munich) seharusnya memahami corak permainan mereka. Bayern kelihatan meremehkan kemampuan Arsenal pada perlawanan kedua musim lalu tetapi perkara itu tidak akan berulang lagi musim ini,” kata Hitzfeld selepas sesi undian Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply