[KOMENTAR] AARON RAMSEY SETANDING GARETH BALE – COLEMAN

Aaron-Ramsey-and-Gareth-Bale-WelshPengendali skuad kebangsaan Wales, Chris Coleman memuji aksi mantap yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey dalam tempoh 5 bulan ini. Colemann turut menilai prestasi semasa yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey bersama Arsenal meletakkan dirinya setaraf dengan pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale. Pemain tengah Arsenal berusia 22 tahun itu telah meledak 15 gol dalam 22 penampilan sekaligus membantu The Gunners mengungguli persada Liga Perdana Inggeris ketika ini.

“Ketika kamu melihat apa yang dilakukan oelh dia (Ramsey) dan kemudiannya anda tidak mengatakan bahawa dia sama taraf (dengan Bale),” kata Coleman kepada Sky Sports.

“Apa yang dia (Ramsey)lakukan ketika ini ada menikmati bola sepaknya. Dia menemui semula keyakinannnya. Dia sentiasa mempunyai kemampuan, kini dia hanya memerlukan keyakinannya semula dan dia sudah mendapatkannya.”

aaron-ramsey-chris-coleman“Anda tidak mampu melakukan apa yang telah dilakukannya dan dia telah membuktikannya setiap perlawanan.”

“Jika dia tidak menjaringkan gol, dia kelihatan sangat-sangat mahu menjaringkan gol. Dia sentiasa terlibat (dalam setiap gerakan). Ramsey kelihatan sangat hebat sepanjang perlawanan,” kata Coleman lagi.

Kecemerlangan yang dipamerkan oleh Aaron Ramsey menyaksikan pemain tengah Wales itu telah dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal dari bulan Ogos hingga November. Pemain berusia 22 ahun itu merupakan kapten skuad kebangsaan Wales yang dilantik oleh Gary Speed pada 26 Mac 2011 sebelum dilucutkan jawatan oleh pengendali baru skuad kebangsaan Wales, Chris Coleman pada Oktober 2012. Sehingga kini, Ramsey sudah memiliki 30 caps bersama skuad kebangsaan Wales.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply